[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
BISNES

RMK13: Kerajaan sasar nilai eksport halal meningkat kepada RM80 bilion

Astro Awani 31/07/2025 | 06:08 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan nilai eksport halal terus meningkat kepada RM80 bilion dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).


Ringkasan AI
  • Industri halal diperkasa melalui RMK13: Kerajaan mensasarkan eksport halal mencecah RM80 bilion dan sumbangan kepada KDNK sebanyak 11%, disokong oleh penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia dan pembangunan Halal Industrial Park di Melaka, Perak dan Kelantan.
  • Agrikomoditi dan PMKS diberi tumpuan strategik: Sektor sawit, getah dan koko dipacu melalui teknologi moden seperti automasi dan robotik, manakala PMKS terus disokong sebagai pemacu ekonomi tempatan.
  • Ekonomi biru dimajukan secara mampan Fokus kepada hab perikanan bersepadu, pelancongan maritim dan teknologi bio biru, dengan Sabah diposisikan sebagai pusat ekonomi biru serantau.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka naik kepada 11 peratus.

"Langkah ini didokong dengan penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia dan pembangunan Halal Industrial Park antaranya di Melaka, Perak dan Kelantan.

"Ia turut mendapat sambutan di negeri lain," katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam masa sama, Perdana Menteri menambah perhatian juga terus diberikan kepada sektor strategik yang memberikan impak tinggi kepada ekonomi negara, termasuk industri kewangan, industri pelancongan, industri kreatif dan Perusahaan Kecil, Sederhana dan Mikro (PMKS).

Sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara, Anwar berkata kerajaan akan terus melonjakkan pembangunan subsektor agrikomoditi meliputi sawit, getah dan koko.

"Tumpuan akan diberikan kepada peningkatan produktiviti melalui penggunaan teknologi moden termasuk mekanisasi, automasi dan robotik, RDCI dan pensijilan kemampanan.

"Usaha ini akan dapat meningkatkan kecekapan operasi yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja," katanya lagi.

Selain itu, kerajaan juga katanya memperkukuh pertumbuhan industri strategik berteraskan ekonomi biru yang mampan dan berdaya saing sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan nasional.

Antara fokus utama ialah pembangunan hab perikanan bersepadu, pelancongan pantai dan maritim, teknologi berasaskan bio biru serta pembentukan hab ekonomi biru khususnya di Sabah.




#Anwar Ibrahim #Keluaran Dalam Negara Kasar #industri halal #RMK13 #terkini