BISNES
RMK13 pacu pemerkasaan ketersambungan serantau, perkukuh ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menunjukkan buku Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) selepas membentangnya di Dewan Negara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi penekanan kepada pemerkasaan ketersambungan serantau dengan memperhebat penglibatan dan peranan Malaysia di pentas ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Beliau berkata pengukuhan ini termasuk melalui pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Grid Kuasa ASEAN, inisiatif ASEAN Connectivity by Rail dan Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC).
Menurut Anwar, prakarsa ini merupakan antara tonggak utama untuk memastikan limpahan ekonomi dapat dinikmati secara lebih menyeluruh, selain meningkatkan daya saing negara sebagai pintu masuk pelaburan serantau.
"JS-SEZ merupakan kerjasama rentas sempadan yang berpotensi menjana ratusan ribu peluang pekerjaan dan memacu pertumbuhan industri bernilai tinggi.
"Pada masa sama, Grid Kuasa ASEAN dan AZEC akan mengukuhkan kerjasama tenaga dan peralihan hijau di rantau ini," kata beliau ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Negara, hari ini.
Perdana Menteri berkata, RMK13 yang bertema Melakar Semula Pembangunan turut menetapkan agenda peralihan ekonomi berasaskan penciptaan nilai, termasuk memperkukuh rantaian bekalan strategik dalam sektor elektrik dan elektronik, halal, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Menurut beliau, dalam konteks pelaburan, RMK13 memerlukan dana berjumlah RM611 bilion, terdiri daripada peruntukan pembangunan kerajaan, pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkongsian awam-swasta (PPP), manakala pendidikan, kesihatan, perumahan dan infrastruktur asas menjadi sektor tumpuan utama.
Pembangunan wilayah dan desa juga diberi keutamaan bagi memastikan agihan ekonomi yang lebih adil, termasuk menerusi projek infrastruktur seperti Lebuhraya Pan Borneo, Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor-Singapura, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam serta laluan perdagangan Malaysia -Thailand, kata Anwar.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Ringkasan AI
- RMK13 menekankan kerjasama ekonomi serantau melalui projek seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Grid Kuasa ASEAN, dan Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC).
- RMK13 memperkukuh sektor strategik seperti elektrik dan elektronik, halal, serta PKS, dengan dana pelaburan berjumlah RM611 bilion melibatkan kerajaan, GLC dan PPP.
- Projek seperti Lebuhraya Pan Borneo, RTS Link Johor-Singapura dan CIQ Bukit Kayu Hitam diberi keutamaan untuk memastikan agihan ekonomi yang lebih adil di seluruh negara.