[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
BISNES

RMK13 pemangkin aspirasi MADANI demi kesejahteraan rakyat – Amir Hamzah

Yasmin Natasha 31/07/2025 | 06:40 MYT
Amir Hamzah berkata, RMK13 memberi keyakinan bahawa negara berada pada landasan tepat untuk melonjak ke hadapan secara inklusif. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) disifatkan sebagai pemangkin utama dalam merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI demi pembangunan negara yang seimbang serta kesejahteraan rakyat.


Ringkasan AI
  • RMK13 sebagai pemangkin Ekonomi MADANI: Menyokong pembangunan negara yang seimbang dan kesejahteraan rakyat secara inklusif dan mampan.
  • Keyakinan terhadap hala tuju ekonomi negara: RMK13 dianggap berada di landasan tepat untuk melonjakkan ekonomi dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
  • Keperluan anjakan baharu dalam pembangunan: Fokus kepada penciptaan peluang pekerjaan dan rangsangan ekonomi tempatan sebagai strategi utama.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, RMK13 memberi keyakinan bahawa negara berada pada landasan tepat untuk melonjak ke hadapan secara inklusif.

“Pembentangan yang panjang dan menyeluruh itu merangkumi pelbagai aspek penting yang akan dibincangkan dengan lebih terperinci ketika sesi perbahasan nanti.

“Apa yang penting, RMK13 ini harus kita anggap sebagai pemangkin untuk membawa negara ke tahap ekonomi yang lebih mendalam dan mampan, dan paling utama, manfaatnya sampai kepada rakyat,” katanya semasa Sidang Media Khas RMK13, hari ini.

Menurut beliau lagi, teras kepada Ekonomi MADANI adalah melakar pembangunan yang seimbang serta memartabatkan kehidupan rakyat, sekali gus memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.

“Seperti yang kita dengar tadi, Perdana Menteri telah membentangkan RMK13 dan Alhamdulillah, kita nampak landasan yang kita ada ini tepat agar kita dapat mencapai aspirasi MADANI bukan sekadar dari sudut pembangunan fizikal semata-mata, tetapi pembangunan yang benar-benar dirasai oleh rakyat,” katanya.

Malah, beliau juga menegaskan keperluan untuk berani melakukan anjakan baharu dalam pendekatan pembangunan negara, termasuk memperluas peluang pekerjaan dan merangsang sektor ekonomi tempatan.

“Pendekatan ini penting agar pertumbuhan ekonomi yang kita rancangkan dapat diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat pada masa akan datang,” tambah beliau.

Sesi perbahasan RMK13 di Parlimen dijangka akan bermula pada minggu hadapan.





#RMK13 #Kementerian Kewangan #ekonomi madani #terkini #Amir Hamzah Azizan #Anwar Ibrahim