BISNES
RMK13: Sejuta unit rumah mampu milik dalam tempoh 2026 hingga 2035 - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak satu juta unit rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh 2026 hingga 2035 dengan kerjasama kerajaan negeri dan pemaju swasta.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga tahun 2025, sebanyak 180,000 unit rumah telah siap, manakala 235,000 sedang dibina oleh kerajaan demi menjami kediaman yang selesa dan selamat kepada rakyat.
"Selain itu, Program Residensi MADANI; Program Perumahan Penjawat Awam; Program Bantuan Bina Baharu Rumah; dan Program Perumahan Mampu Milik kini dalam pelaksanaan.
"Inisiatif seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan juga akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai rakyat termasuk yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri.
"Peralihan kepada teknologi seperti Industrialised Building System dan Building Integrated Management akan membantu mempercepatkan pelaksanaan dan mengurangkan kos pembinaan rumah, termasuk perumahan awam," kata Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, inisiatif seperti Kota MADANI di Putrajaya akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik yang menterjemah konsep perbandaran ‘umran hadhari'.
Katanya, konsep ini membolehkan rakyat bukan sahaja memiliki tempat tinggal, tetapi juga menikmati kehidupan dalam sebuah bandar yang menggabungkan kemajuan dengan nilai, kemodenan dengan akhlak, serta teknologi dengan kemanusiaan.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Ringkasan AI
- Satu juta rumah mampu milik dirancang dibina antara 2026-2035 melalui kerjasama kerajaan negeri dan pemaju swasta; 180,000 unit telah siap dan 235,000 sedang dibina.
- Pelbagai program perumahan diperluas termasuk Residensi MADANI, PPAM, Bantuan Bina Baharu Rumah, dan Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk bantu golongan B40 dan M40 miliki rumah.
- Kota MADANI sebagai model bandar masa depan menggabungkan teknologi hijau, nilai kemanusiaan dan kemajuan moden dalam pembangunan bandar berkonsep umran hadhari.