awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Robert Nason dilantik CEO sementara Maxis berkuat kuasa 1 April 2018

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
02/03/2018
06:35 MYT
Robert Nason dilantik CEO sementara Maxis berkuat kuasa 1 April 2018
Beliau akan memegang jawatan itu sehingga Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu dilantik.
Maxis hari ini mengumumkan Robert Nason sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara berkuat kuasa 1 April 2018.
Pengumuman ini dibuat setelah Lembaga Pengarah Maxis bersetuju untuk melantik Robert sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif sementara (CEO) berkuat kuasa 1 April 2018.
Beliau akan memegang jawatan itu sehingga Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu dilantik.
Robert telah dilantik ke Lembaga Pengarah Maxis pada 2016 sebagai Pengarah Bebas. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Transformasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat.
Dengan pelantikan ini, Robert akan melepaskan peranannya sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Audit dan meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat tetapi akan terus menjadi ahli Lembaga. Perubahan ini berkuat kuasa hari ini, 2 Mac 2018.
MORTEN LUNDAL DILEPASKAN
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis sekarang Morten Lundal dilaporkan tidak meneruskan kontrak beliau apabila tamat pada 31 Mac 2018. Morten mula menerajui Maxis pada 1 Oktober 2013.
Sepanjang perkhidmatan beliau, syarikat telekomunikasi gergasi itu telah memperbaiki status kewangan mereka, dan juga telah menunjukkan prestasi kewangan yang memberangsangkan untuk tahun 2017.
Topic Berkaitan
#ananda
#AXIATA
#celcom
#Digi
#Maxis
#morten lundal
#Robert Nason
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan