BISNES
Robot mirip manusia bakal jadi sebahagian kehidupan harian - i-Berhad

Eu (kanan) berkata tumpuan i-Berhad bukan hanya kepada pembangunan teknologi, sebaliknya bagaimana AI dan robotik boleh dimanfaatkan. - Foto i-Berhad
SHAH ALAM: Dalam masa terdekat, robot mirip manusia atau humanoid dijangka mampu menjalankan pelbagai tugas domestik, seiring kemajuan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik.
Ringkasan AI
- Kemajuan robot humanoid untuk tugas domestik: Robot mirip manusia semakin hampir menjadi realiti dengan teknologi AI dan robotik, termasuk penggunaan robot tukang masak di hotel oleh i-Berhad.
- AI dan robotik dalam bandar pintar: i-Berhad memberi fokus kepada bagaimana teknologi ini dapat meningkatkan gaya hidup penduduk dan perniagaan dalam bandar pintar.
- Pelaburan besar dalam automasi: Walaupun kos pembangunan tinggi, i-Berhad yakin dapat melaksanakannya dengan berkesan kerana memiliki aset bernilai berbilion ringgit.
"Sebagai contoh, i-Berhad telah memasang robot tukang masak (robot chef) di sebuah hotel dan merancang untuk meluaskan penggunaan robot ke lebih banyak premis dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media I-City: AI & Robotics Enhancement di Mercu Maybank, Shah Alam, hari ini.
Dalam pada itu, Eu berkata tumpuan i-Berhad bukan hanya kepada pembangunan teknologi, sebaliknya bagaimana AI dan robotik boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan gaya hidup penduduk dan perniagaan di bandar pintar yang dibangunkan syarikat itu.
“Walaupun kos untuk membangunkan bandar pintar lengkap dengan sistem robotik masih tinggi, kami boleh melaksanakannya secara berkesan kerana memiliki aset bernilai berbilion ringgit,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami