BISNES

Rueben Bistro ‘second home’ komuniti USJ, tumpuan peminat sukan

Amzar Alif 27/01/2026 | 09:05 MYT
Anne Patricia, menunjukkan hidangan signature bistro yang menjadi pilihan pelanggan, selari konsep premis sebagai ‘second home’ untuk komuniti setempat dan peminat sukan. - Gambar Astro
SUBANG JAYA: Rueben Bistro di Subang Jaya bukan sekadar destinasi makan dan minum, sebaliknya menjadi ruang komuniti setempat berkumpul serta menikmati siaran sukan secara langsung dalam suasana santai dan mesra pelanggan.

Melalui inisiatif Astro BizOne Rewards, restoran ini turut diangkat sebagai antara lokasi pilihan untuk pengunjung meluangkan masa bersama keluarga dan rakan, khususnya pada hujung minggu.

Menurut pemilik Rueben Bistro, Anne Patricia, premis itu sering menjadi “rumah kedua” buat pelanggan tetap yang hadir berulang kali, terutama ketika perlawanan bola sepak dan acara sukan utama disiarkan.

“Hidangan signature kami lebih kepada ‘bites’ dan juga menu yang mengenyangkan. Kami ada chicken wing stail sambal yang sangat istimewa dan mutton varuval. Ramai datang ke sini memang untuk makanan ini dan ia sangat sesuai untuk kawasan ini,” katanya.

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan di Rueben Bistro yang menjadi tarikan utama pelanggan tetap di kawasan USJ. - Gambar Astro


Anne berkata, selain makanan, kehadiran pelanggan setia turut dipengaruhi pengalaman menonton sukan secara langsung yang stabil, sekali gus membantu mewujudkan suasana bistro yang lebih hidup serta meriah.

“Di sini kami tayangkan banyak perlawanan sukan secara langsung seperti bola sepak, badminton dan lain-lain. Sebab itu kami perlu langgan Astro BizOne, khusus untuk siaran sukan. Kalau streaming saja, biasanya selalu buffering dan tak konsisten,” jelasnya.

Beliau berkata, pelanggan bukan sahaja hadir untuk menikmati makanan dan minuman, malah turut menjadikan Rueben Bistro sebagai lokasi tetap untuk mengikuti perlawanan kegemaran bersama rakan dan komuniti setempat.

Suasana dalaman Rueben Bistro di USJ yang dihiasi memorabilia kelab bola sepak antarabangsa, menjadikan premis ini tumpuan peminat sukan untuk menonton perlawanan secara langsung dalam suasana santai dan komuniti. - Gambar Astro


Dalam pada itu, pelanggan tetap, Dean Duclos, berkata bistro berkenaan turut menjadi ruang sosial yang membantu mengurangkan tekanan serta menjaga kesejahteraan mental melalui pertemuan bersama rakan-rakan.

“Kalau macam saya yang dah berumur, kita kena jaga kesihatan mental. Jadi di sini kita boleh jumpa kawan-kawan,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Theven, berkata suasana kebersamaan yang terjalin dalam kalangan komuniti Subang Jaya menjadikan pengalaman menonton sukan di bistro itu lebih bermakna.

“Saya suka bila seluruh komuniti berkumpul. Kami di Subang Jaya dan semua orang datang bersama-sama, seronok dan menonton bola sepak serta pelbagai sukan. Rasa dia memang best bila hujung minggu,” ujarnya.

Melalui sokongan Astro BizOne, Rueben Bistro terus memperkukuh peranannya sebagai hab komuniti yang menggabungkan makanan, hiburan dan pengalaman siaran sukan secara langsung dalam satu destinasi yang konsisten untuk pelanggan setempat.

Gandakan potensi perniagaan anda ke tahap lebih tinggi bersama Astro BizOne.

Langgan sekarang dan rebut peluang menyertai kempen Astro BizOne Rewards bagi siri akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan pelbagai inisiatif Astro BizOne, layari biz.astro.com.my



#Astro BizOne #Astro BizONE Rewards #Rueben Bistro #USJ