BISNES
Rujukan PETRONAS ke Mahkamah Persekutuan cerminan pendekatan Australia
KUALA LUMPUR: Langkah PETRONAS mendapatkan penjelasan daripada Mahkamah Persekutuan mengenai kerangka undang-undang operasinya di Sarawak mencerminkan cara negara berfederasi seperti Australia menyelesaikan pertikaian perlembagaan.
Ringkasan AI
Menurut pensyarah undang-undang dari Multimedia University, Hafiz Hassan, tindakan ini adalah sebahagian daripada proses undang-undang untuk menghapuskan ketidakpastian, bukan konfrontasi politik.
“Pertikaian memang berlaku dan ia diselesaikan melalui mahkamah. Hormatilah proses ini,” memetik penulisannya kepada Astro AWANI.
Awal minggu ini, PETRONAS memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan, menamakan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak sebagai responden.
Permohonan itu bertujuan mendapatkan keputusan muktamad bagi memastikan operasi syarikat mematuhi undang-undang dan amalan tadbir urus yang baik.
PETRONAS menekankan langkah ini tidak menjejaskan aspirasi pembangunan Sarawak atau peranan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), sebaliknya untuk menyelesaikan perbezaan yang berlarutan walaupun selepas rundingan dan Perjanjian Penyelesaian Komersial 2020.
Rujukan ini dibuat ketika Sarawak terus memperjuangkan kawalan lebih besar ke atas sumber tenaga, termasuk hasrat PETROS untuk memainkan peranan utama dalam pengagregatan gas dan aktiviti hiliran.
Penganalisis mengingatkan sebarang perubahan struktur mesti mengelakkan gangguan terhadap keselamatan tenaga negara, komitmen eksport LNG jangka panjang dan kestabilan kewangan PETRONAS yang menjadi tonggak hasil persekutuan.
Hafiz turut menarik persamaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Australia baru-baru ini yang mengisytiharkan undang-undang cukai tanah negeri bercanggah dengan undang-undang persekutuan.
Di bawah Seksyen 109 Perlembagaan Australia, undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri jika berlaku percanggahan – prinsip yang turut termaktub dalam Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
“Mahkamah Persekutuan kini diminta memberi kejelasan mengenai kerangka peraturan sektor petroleum di Sarawak,” katanya.
“Langkah ini akan memberi kepastian jangka panjang kepada PETRONAS, PETROS, pelabur, pengawal selia dan pengguna tenaga. Inilah cara negara berfederasi bergerak ke hadapan – dengan mendapatkan kejelasan daripada mahkamah tertinggi," katanya.
Ringkasan AI
- Langkah PETRONAS memohon penjelasan daripada Mahkamah Persekutuan mengenai undang-undang operasinya di Sarawak menunjukkan penyelesaian pertikaian undang-undang secara profesional dan bukan melalui konfrontasi politik.
- Permohonan ini bertujuan memastikan operasi PETRONAS mematuhi undang-undang dan amalan tadbir urus yang baik tanpa menjejaskan aspirasi pembangunan Sarawak atau peranan PETROS.
- Penekanan pada kejelasan undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan dilihat penting untuk memberi kepastian jangka panjang kepada semua pihak terlibat dalam sektor petroleum Sarawak, seiring dengan prinsip negara berfederasi seperti Malaysia dan Australia.