BISNES
Safa Food Hub Antarabangsa, medan bagi penjaja makanan perkenal pelbagai juadah istimewa
Mohd Salahuddin (duduk, tiga dari kiri) bersama Mohamed Farook (duduk, tengah) dan beberapa peniaga lain di Safa Food Hub Antarabangsa, pada Rabu. - Foto Astro
PUNCAK ALAM: Safa Food Hub Antarabangsa bukan sahaja menjadi restoran pilihan ramai malah, merupakan sebuah medan selera dengan lebih 30 buah gerai menjual pelbagai juadah istimewa.
Ringkasan AI
Pengasasnya, Mohamed Farook Barakkath yang terjun ke dalam industri Makanan dan Minuman (F & B) 12 tahun lalu bersama saudaranya, Mohd. Salahuddin Mahmud berganding bahu menubuhkan sebuah hab bagi para penjaja makanan mencari rezeki.
Mohamed Farook berkongsi fakta menarik di sebalik penubuhan nama restoran yang terbentuk dua tahun lalu itu dengan menggabungkan namanya dan pengasas bersama, Mohd Salahuddin.
“Kita mulakan ini pada 2023, saya bergabung dengan abang saudara saya, nama beliau Mohd. Salahuddin, dari situlah bermulanya nama Safa, Salahuddin dan Farook.
“Slogan Antarabangsa itu pula adalah kerana kita punya konsep nak hidangkan semua jenis makanan dekat sini.
“Antaranya kami nak perkenalkan makanan Thai, Barat, Cina, Melayu, Indonesia, Arab dan sebagainya jadi ia melambangkan slogan Antarabangsa itu sendiri.” katanya ketika ditemu bual di Safa Food Hub Antarabangsa, Puncak Alam, Selangor pada Rabu.
Menurut Mohd Salahuddin pula, para pengunjung sering kali mengambil peluang berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai untuk menikmati pakej Astro BizOne yang menayangkan siaran langsung acara sukan dan hiburan terkini.
“Berbeza dengan tempat lain, servis di sini menyediakan layanan yang efisien dan pantas di mana pelanggan tidak perlu menunggu lama dan pelayan dari setiap gerai akan hantar makanan ke meja.
“Safa memilih Astro BizOne ni sebab kita ada skrin besar jadi pengunjung boleh tonton siaran langsung perlawanan bola sepak, badminton, dan sebagainya dengan resolusi tinggi dan berkualiti,” jelasnya.
Di Safa Food Hab Antarabangsa juga, pengunjung dapat menikmati pelbagai kemudahan lain seperti kedai gunting rambut, kedai serbaneka, surau dan ruang parkir kereta yang luas.
Sementara itu, salah seorang pelanggan tetap berkongsi pengalaman berkunjung ke restoran tersebut.
“Tempat ni best (seronok) sebab vibe (suasana) yang menyediakan TV dan pelbagai jenis makanan seperti sate yang mana saya selalu order (pesan) dan kalau macam ada perlawanan bola sepak seronok sebab ada skrin besar disediakan,” kata Muhammad Firman Mohd. Khairy
Selain itu, beberapa penjaja makanan di Safa Food Hub Antarabangsa mengakui pengalaman mereka sepanjang berniaga di sana adalah sangat baik kerana setiap hari menerima kunjungan pengunjung yang ramai.
“Ini tahun pertama kami berada di Safa Food Hab dan sepanjang berniaga dekat sini, Alhamdulillah, memang ramai customer (pelanggan), ramai yang berminat dengan kami punya makanan,” jelas pemilik gerai Chops and Grills, Mohamad Hawin Mohamad Saat.
“Saya rasa beruntung sebab dapat berniaga di Safa Food Hab ni sebab kita dapat persembahkan makanan kita dekat setiap lapisan masyarakat daripada pelbagai lingkungan usia,” ujar pemilik gerai Pak Edy Bakso, Muhammad Akhyar Abdul Hani.
Astro BizOne Rewards memberi peluang eksklusif kepada pemilik F&B yang melanggan untuk menguar-uarkan perniagaan ke khalayak ramai melalui liputan istimewa di Astro AWANI.
Ringkasan AI
- Safa Food Hub Antarabangsa bukan sahaja menjadi restoran pilihan ramai malah, merupakan sebuah medan selera dengan lebih 30 buah gerai menjual pelbagai juadah istimewa.
- Pengasasnya, Mohamed Farook Barakkath yang terjun ke dalam industri Makanan dan Minuman (F & B) 12 tahun lalu bersama saudaranya, Mohd. Salahuddin Mahmud berganding bahu menubuhkan sebuah hab bagi para penjaja makanan mencari rezeki.
- Mohamed Farook berkongsi fakta menarik disebalik penubuhan nama restoran yang terbentuk dua tahun lalu itu dengan menggabungkan namanya dan pengasas bersama, Mohd Salahuddin.