awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah tiada kenaikan harga petrol: Timbalan Menteri Kewangan

Bernama
Bernama
27/09/2013
12:02 MYT
Sah tiada kenaikan harga petrol: Timbalan Menteri Kewangan
Tiada sebarang pengurangan subsidi terhadap harga minyak Ron 95 dan diesel yang membawa kepada kenaikan harga bahan bakar itu, semalam.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan desas-desus itu di laman Twitternya.
Ahmad Maslan berkata, harga Ron 95 bersubsidi masih kekal pada harga RM2.10 sen se-liter, manakala harga sebenar adalah RM2.73.
Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen pada mlm ini. Oleh itu RON95 bersubsidi masih rm2.10 seliter. Harga sebenar 2.73
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) September 27, 2013
Menurutnya lagi, harga minyak dunia bukan ditentukan kerajaan Malaysia tetapi pasaran dunia dan permintaan bahan api itu.
Isu di Asia Barat juga memberikan kesan kepada kenaikan harga minyak.
Penjelasan dibuat berikutan khabar yang hangat diperkatakan di laman media sosial Facebook dan Twitter bahawa harga minyak akan naik 10 sen lagi.
Awal bulan lalu, kerajaan mengumumkan potongan subsidi minyak 20 sen sebagai langkah jangka panjang kerajaan dalam memberi faedah kepada ekonomi negara.
Harga minyak di Malaysia antara yang murah berbanding negara jiran lain iaitu pada kedudukan ke-lapan terendah di dunia.
Topic Berkaitan
#Datuk Ahmad Maslan Jumaat
#minyak naik
#RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan