KUALA LUMPUR: Saham Dagang Nexchange Bhd (DNeX) di Bursa Malaysia meningkat dalam sesi dagangan awal hari ini, didorong oleh pengumuman kumpulan itu mengenai pelan pengambilalihan dan memperoleh kontrak melalui anak syarikatnya pada Isnin.
Sehingga 10 pagi, kaunter tersebut menjadi antara saham paling aktif diniagakan, naik sebanyak 2.5 sen kepada 84 sen dengan 79.83 juta saham bertukar tangan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, kumpulan itu mengumumkan bahawa anak syarikat tidak langsungnya, Ping Petroleum UK Ltd (PING UK) mengambil alih baki 50 peratus kepentingan dalam pembangunan Avalon Oilfield di United Kingdom (UK) dengan jumlah bayaran pembelian sebanyak US$17 juta (US$1=RM4.24).
BACA: Anak syarikat DNeX raih kontrak RM88 juta dari Kementerian Kewangan
BACA: Anak syarikat DNeX peroleh baki 50% kepentingan dalam Avalon Oilfield
"Sebagai pemilik bersama dan pengendali Avalon Oilfield, cadangan pengambilalihan itu akan membolehkan PING UK mengelak sebarang kemungkinan keputusan yang bertentangan yang mungkin timbul jika vendor menjual kepentingannya sebanyak 50 peratus kepada pihak ketiga," katanya.
Sementara itu, anak syarikat tidak langsung kumpulan itu, Innovation Associates Consulting Sdn Bhd, turut mendapat kontrak teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Kementerian Kewangan bernilai RM88 juta.
Dalam makluman berasingan, DNex berkata kontrak selama 45 bulan itu bermula dari 10 Ogos, 2021 dan berakhir pada 9 Mei, 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
Saham Dagang Nexchange Bhd (DNeX) di Bursa Malaysia meningkat dalam sesi dagangan awal hari ini, didorong oleh pengumuman kumpulan itu mengenai pelan pengambilalihan dan memperoleh kontrak melalui anak syarikatnya pada Isnin.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
DNeX teroka peluang di Arab Saudi dengan kerjasama Abilitii
Kerjasama itu membolehkan kumpulan memperluaskan kehadiran di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).
Saham DNeX meningkat berikutan pelan pengambilalihan, peroleh kontrak
Sehingga 10 pagi, kaunter tersebut menjadi antara saham paling aktif diniagakan, naik sebanyak 2.5 sen kepada 84 sen dengan 79.83 juta saham bertukar tangan.
Anak syarikat DNeX raih kontrak RM88 juta dari Kementerian Kewangan
Anak syarikat tidak langsung DNeX, iAC telah mendapat kontrak berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Kementerian Kewangan (MoF) bernilai RM88 juta bagi tempoh 45 bulan.
Anak syarikat DNeX peroleh baki 50% kepentingan dalam Avalon Oilfield
Anak syarikat DNeX peroleh baki 50% kepentingan dalam Avalon Oilfield | Dagang News