awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Media Prima meningkat berikutan penjualan hartanah

Bernama
Bernama
03/09/2018
03:57 MYT
Saham Media Prima meningkat berikutan penjualan hartanah
Empat hartanah itu termasuk dua bidang tanah pegangan bebas di Bangsar di mana letaknya ibu pejabat NSTP. - Gambar hiasan
Saham Media Prima Bhd meningkat pagi ini selepas syarikat berkenaan mengumumkan penjualan empat hartanah di Bangsar dan Shah Alam kepada PNB Development Sdn Bhd untuk RM280 juta, memberikan keuntungan bersih sekali, kira-kira 127.7 juta.
Pada 9.52 pagi, sahamnya meningkat 3.5 sen kepada 44.5 sen dengan 539,000 saham diniagakan.
Syarikat berkenaan sebelum ini menyatakan bahawa anak syarikat yang dimiliki sebanyak 98.2 peratus, New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), mengadakan tiga perjanjian jual beli bersyarat dengan PNB Development untuk cadangan penjualan hartanah berkenaan.
Empat hartanah itu adalah dua bidang tanah pegangan bebas di Bangsar di mana letaknya ibu pejabat NSTP, Balai Berita, sebidang tanah perindustrian pegangan bebas dengan bangunan di Shah Alam di mana letaknya loji percetakannya, dan sebidang tanah perindustrian juga di Shah Alam.
Public Bank Investment Bank Bhd mengekalkan saranan neutral terhadap syarikat berkenaan dan membuat ramalan keuntungan kepada unjuran kerugian bersih yang lebih tinggi untuk tahun kewangan 2018 dan ramalan untung bersih yang rendah untuk tahun kewangan 2019-2020, berikutan perbelanjaan iklan yang rendah yang mana mengimbangi anggaran penjimatan kos daripada kegiatan jualan dan pajakan semula.
"Kesan daripada jualan berkenaan dan kegiatan pajakan semula akan dicerminkan pada tahun kewangan 2019 kerana ia dijangka dilengkapkan menjelang suku keempat 2018.
"Memandangkan pengurangan rugi terkumpul daripada keuntungan penjualan sekali yang meningkatkan nilai kontraknya, harga sasaran meningkat kepada 49 sen daripada 42 sen sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangsar
#hartanah
#loji percetakan
#Media Prima
#nstp
#pegangan bebas
#penjualan
#perjanjian jual beli
#PNB Development
#saham
#shah alam
#tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan