awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham UMW dinyah senarai 19 Feb susulan pengambilalihan Sime Darby

Bernama
Bernama
14/02/2024
11:04 MYT
Saham UMW dinyah senarai 19 Feb susulan pengambilalihan Sime Darby
UMW berkata langkah penyahsenaraian menandakan selesainya pengambilalihan oleh Sime Darby Bhd.
KUALA LUMPUR: Keseluruhan modal saham terbitan UMW Holdings Bhd akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 19 Feb, 2024.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata langkah penyahsenaraian menandakan selesainya pengambilalihan oleh Sime Darby Bhd, berdasarkan di bawah perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Saham-saham UMW telah digantung oleh Bursa Securities pada 9 Feb, 2024, berikutan tamatnya tempoh lima hari di pasaran selepas tarikh tutup lanjutan tawaran pengambilalihan oleh Sime Darby.
Sime Darby sebelum ini melanjutkan tarikh tutup tawaran RM5 sesaham untuk mengambil alih UMW kepada 31 Jan, 2024, iaitu kira-kira lewat dua minggu dari tarikh akhir asal pada 17 Jan, 2024.
Sehingga 31 Jan, 2024, Sime Darby menguasai 98.86 peratus saham UMW, menurut kenyataan CIMB Investment Bank Bhd yang mewakili Sime Darby.
Pada tarikh yang sama, UMW memohon kepada Bursa Securities untuk menarik balik status penyenaraiannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saham UMW
#Sime Darby
#Bursa Malaysia
#nyah senarai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan