Samsung lancar semula Galaxy Note 7

Astro Awani
Oktober 1, 2016 15:36 MYT
Samsung melancarkan semula Galaxy Note 7 selepas lebih 2.5 juta unit telefon tersebut ditarik balik bulan lalu. -AFP Relax
Samsung melancarkan semula Galaxy Note 7 selepas lebih 2.5 juta unit telefon tersebut ditarik balik bulan lalu.
Ia berikutan beberapa kes bateri telefon pintar model itu yang meletup sehingga menyebabkan kecederaan.
Bagaimanapun selepas dilancarkan di Seoul, Korea Selatan pada Sabtu, seorang pelanggan dari China mendakwa ia masih menghadapi masalah sama.
Setakat ini laporan tersebut masih tidak dapat disahkan kerana pelanggan tersebut tidak membenarkan Samsung melihat telefon pintar miliknya.
Kerugian Samsung dijangka akan bertambah berikutan keyakinan pengguna yang semakin merosot, terutama dari Korea Selatan sendiri.
#ditarik balik #Galaxy Note 7 #pelancaran semula #Samsung