awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak hanya terima 5% hasil minyak sejak 1975, PETRONAS digesa hormati hak negeri

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2025
03:45 MYT
Sarawak hanya terima 5% hasil minyak sejak 1975, PETRONAS digesa hormati hak negeri
Menurut Fong, dari tahun 1975 hingga 2024, Sarawak hanya menerima kira-kira RM49 bilion dalam bentuk bayaran tunai daripada PETRONAS. - Gambar hiasan
KUCHING: Lebih 40 tahun menikmati hasil minyak dan gas Sarawak, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) didakwa hanya menyerahkan sekitar lima peratus nilai sumber itu kepada negeri berkenaan, manakala baki 95 peratus terus dinikmati syarikat minyak nasional tersebut.
Penasihat undang-undang Sarawak, Datuk Seri JC Fong, berkata angka ini membuktikan jurang besar dalam pengagihan kekayaan negara, sekali gus menguatkan tuntutan agar Petroleum Sarawak Berhad (Petros) diiktiraf sebagai pengagregat gas tunggal di bawah Ordinan Agihan Gas (DGO) yang dipinda pada 2023.
“Dari tahun 1975 hingga 2024, Sarawak hanya menerima kira-kira RM49 bilion dalam bentuk bayaran tunai daripada PETRONAS.
"Baki 95 peratus pula pergi kepada PETRONAS daripada sumber minyak dan gas yang ditemui di Sarawak,” tambah beliau.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada artikel di portal Politikonomi bertajuk “Tangan ghaib Fuzhou China di sebalik tuntutan agregator gas Sarawak TERBONGKAR”, yang menurutnya cuba menjejaskan kepimpinan negeri dalam isu hak agihan gas.
Menurut Fong, walaupun kerajaan persekutuan mengumumkan Sarawak menerima manfaat lebih RM96 bilion setakat ini termasuk dividen dan cukai jualan, angka itu tetap tidak mencerminkan nilai sebenar kekayaan negeri.
Beliau menambah, hasil terhad yang diperoleh Sarawak tetap digunakan berhemah untuk membiayai pembangunan infrastruktur besar seperti Jalan Trunk Kedua, lebuh raya pesisir, jambatan ikonik dan sekolah menengah antarabangsa.
Kini, melalui Petros, negeri itu mula mengalihkan manfaat terus kepada rakyat termasuk bekalan gas percuma untuk keluarga B40 di Bintulu dan Miri.
“Yang rakyat Sarawak mahukan hanyalah penghormatan terhadap undang-undang negeri, penggunaan sumber gas secara mampan, serta peruntukan mencukupi bagi menyokong Peta Jalan Gas negeri yang berpotensi menyumbang RM130 bilion setahun kepada KDNK negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#Petros
#Sarawak
#Petronas
#Ordinan Agihan Gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan