awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC batalkan lesen wakil perkhidmatan pasaran modal LT International Futures

Bernama
Bernama
26/10/2022
06:15 MYT
SC batalkan lesen wakil perkhidmatan pasaran modal LT International Futures
Menurut SC, syarikat yang berurus niaga dalam derivatif itu telah gagal mematuhi ambang kewangan minimum untuk modal bersih larasannya sejak Mei 2021.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) LT International Futures (M) Sdn Bhd kerana melanggar syarat lesen, berkuat kuasa 22 Sept, 2022.
Menurut SC, syarikat yang berurus niaga dalam derivatif itu telah gagal mematuhi ambang kewangan minimum untuk modal bersih larasannya sejak Mei 2021 dan berikutan itu, lesen syarikat tersebut telah digantung sejak Jun 2021.
"Syarikat tersebut telah diberi peluang untuk merayu terhadap keputusan SC selari dengan proses rayuan yang telah ditetapkan. Tiada rayuan dikemukakan oleh syarikat tersebut," jelas SC dalam kenyataan pada Rabu.
Agensi kawal selia pasaran modal itu menambah, mengikut Seksyen 72(2)(a)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, pihaknya diberi kuasa untuk membatalkan lesen mana-mana pemegang CMSL jika ia melanggar mana-mana syarat lesen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#LT International Futures
#langgar syarat lesen
#SC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan