awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scomi Energy dapat kelulusan pemegang saham penjualan perniagaan perkhidmatan lapangan minyak bernilai RM21 juta

Bernama
Bernama
09/08/2022
00:15 MYT
Scomi Energy dapat kelulusan pemegang saham penjualan perniagaan perkhidmatan lapangan minyak bernilai RM21 juta
SESB diklasifikasi sebagai PN17 sejak 31 Okt 2019 dan dikehendaki mengemukakan pelan penstrukturan semula bagi menarik balik status PN17 menjelang 30 Nov 2022. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Pemegang saham Scomi Energy Services Bhd (SESB) meluluskan penjualan perniagaan perkhidmatan lapangan minyak syarikat itu dengan nilai RM21 juta secara tunai pada mesyuarat agung luar biasa yang diadakan semalam.
Penjualan yang diluluskan itu terdiri daripada 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Scomi Oilfield Ltd bersama sembilan anak syarikatnya dan 48 peratus kepentingan ekuiti dalam Scomi KMC Sdn Bhd kepada Cahya Mata Oiltools Sdn Bhd.
"Pemegang saham turut meluluskan penjualan oleh Scomi Oiltools Sdn Bhd, anak syarikat SESB, untuk kepentingan ekuitinya dalam Scomi KMC Sdn Bhd, Scomi Oiltools Gulf WLL, hartanahnya di Dataran Prima dan inventori serta peralatannya kepada Oiltools International Sdn Bhd," menurut syarikat itu dalam kenyataan semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB Amirul Baharom berkata SESB telah diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan (PN) 17 oleh Bursa Malaysia Securities Bhd sejak 31 Okt, 2019 dan syarikat dikehendaki untuk mengemukakan pelan penstrukturan semula bagi menarik balik status PN17 menjelang 30 Nov 2022.
"Penjualan perniagaan perkhidmatan lapangan minyak ini adalah sebahagian daripada pemulihan SESB sejajar dengan pembangunan pelan penstrukturan semulanya," katanya.
Sejak berada dalam status PN17, SESB telah melaksanakan beberapa inisiatif ke arah pemulihan syarikat, termasuk pengurusan perundangan, yang merupakan mekanisme pemulihan korporat yang diberikan kepada syarikat yang mengalami masalah kewangan.
SESB juga telah menyelesaikan penjualan perniagaan marinnya, PT Rig Tenders Indonesia, sebagai perintis kepada pelan penstrukturan semula PN17.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Scomi Energy
#perkhidmatan lapangan minyak
#penjualan perniagaan
#penstrukturan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan