awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi

Dagang News
Dagang News
07/02/2025
02:00 MYT
Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi
Saham Scomi Energy digantung sejak Julai 2024 selepas syarikat gagal mengemukakan pelan regularisasi mereka mengikut masa yang ditetapkan oleh Bursa Securities. - Gambar hiasan/DagangNews
KUALA LUMPUR: Scomi Energy Services Bhd bakal dinyahsenarai dari Bursa Malaysia pada 12 Februari 2025, berikutan kegagalan syarikat mengemukakan pelan regularisasi mengikut jadual.
Pengawal selia bursa, Bursa Securities berkata, ia telah menolak permohonan Scomi Energy yang meminta lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi dan mengekalkan tarikh akhir pada 31 Januari 2025.
"Oleh itu, Bursa Securities menyatakan saham syarikat tersebut akan dinyahsenarai berkuatkuasa 12 Februari," katanya dalam satu pemfailan kepada Bursa Malaysia, semalam.
Menurut Scomi Energy, syarikatnya telah mengemukakan permohonan lanjutan masa pada 27 Januari lalu.
Syarikat tersebut berada dalam status Notis Amalan 17 (PN17) sejak Januari 2020.
Scomi Energy mengalami masalah kewangan apabila jumlah ekuiti yang dimiliki oleh pemegang sahamnya menurun sehingga kurang 50% daripada jumlah modal saham yang telah dikeluarkan oleh syarikat.
Pada Julai 2024, Scomi Energy membatalkan pelan regularisasi untuk meneroka sektor pembinaan serta melibatkan Datuk Seri Dr Subramaniam Pillai Sankaran Pillai, yang merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd, sebagai pemegang saham utama syarikat tersebut.
Kemudian pada November 2024, syarikat berkenaan menyatakan ia sedang dalam perbincangan awal dengan individu atau syarikat yang tidak didedahkan untuk merangka pelan regularisasi baharu.
Saham Scomi Energy digantung sejak Julai 2024 selepas syarikat gagal mengemukakan pelan regularisasi mereka mengikut masa yang ditetapkan oleh Bursa Securities. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Pelan Regularisasi
#scomi
#Bursa Malaysia
#nyah senarai
#PN17
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan