awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SDP umum peletakan jawatan Amir Hamzah Azizan sebagai ahli lembaga pengarah

Bernama
Bernama
14/12/2023
06:57 MYT
SDP umum peletakan jawatan Amir Hamzah Azizan sebagai ahli lembaga pengarah
Amir Hamzah dilantik ahli lembaga SDP pada 17 Februari 2023. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd (SDP) telah mengumumkan peletakan jawatan pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berikutan kedudukan semasa beliau sebagai Menteri Kewangan II.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik beliau sebagai Menteri Kewangan II, seiring dengan rombakan Kabinet pada Selasa lepas.
Amir Hamzah dilantik ahli lembaga SDP pada 17 Februari 2023.
Sebelum ini, beliau adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam sektor korporat.
Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan (pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi) dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat.
SDP dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata SDP mematuhi Perenggan 15.02 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd memandangkan empat daripada lapan ahli lembaga pengarah adalah pengarah bukan eksekutif bebas.
"Susulan peletakan jawatan Amir Hamzah sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif SDP, beliau tidak lagi menjadi ahli Jawatankuasa Kelestarian SDP.
"Lembaga Pengarah SDP merakamkan penghargaan kepada Amir Hamzah atas kepimpinan, komitmen dan dedikasi beliau terhadap Kumpulan Sime Darby Plantation," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sime Darby Plantation Bhd
#Amir Hamzah Azizan
#peletakan jawatan
#pengarah bukan bebas bukan eksekutif
#rombakan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan