awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sealink peroleh pajakan kapal jangka panjang bernilai RM63 juta

Bernama
Bernama
27/10/2022
01:30 MYT
Sealink peroleh pajakan kapal jangka panjang bernilai RM63 juta
Kontrak berkenaan dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aliran tunai syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
KUALA LUMPUR: Sealink International Bhd telah memperoleh pajakan jangka panjang sehingga dua tahun daripada syarikat-syarikat minyak utama membabitkan empat kapal sokongan luar pesisir yang bernilai sehingga RM63 juta serta penjualan tiga kapal di luar negara dengan harga RM7 juta.
Penjualan kapal-kapal itu adalah sebahagian daripada strategi Sealink untuk terus memodenkan dan menaik taraf armada kapalnya.
"Sealink sentiasa menjual kapal lama serta menggantikannya dengan kapal baharu sejajar dengan perubahan keperluan industri minyak dan gas," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.
Katanya, hasil bersih selepas ditolak anggaran perbelanjaan dan perbelanjaan sampingan lain yang berkaitan dengan kontrak tersebut akan digunakan untuk tujuan modal kerja.
"Pada masa yang sama, penjualan kapal-kapal lama akan menghasilkan penjimatan masa depan daripada segi kos penyimpanan sementara kapal, dok kering dan perbelanjaan pengaktifan semula.
"Penjimatan ini kemudiannya akan pakai untuk pengagihan semula sumber yang lebih baik," katanya.
Sementara itu, kontrak berkenaan dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aliran tunai syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
Bagaimanapun, tidak akan ada sebarang kesan material ke atas aset bersih sesaham, penggearan serta pendapatan sesaham syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sealink International
#pajakan jangka panjang
#kapal sokongan luar pesisir
#armada kapal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan