BISNES
Sektor hartanah Malaysia tumbuh kukuh pada separuh pertama 2025 - Knight Frank
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh dalam separuh kedua 2025, disokong oleh pelaburan membabitkan pusat data memberangsangkan, pembangunan infrastruktur dan permintaan domestik yang berdaya tahan. - Gambar fail/Dagang News
KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh dalam separuh kedua 2025, disokong oleh pelaburan membabitkan pusat data memberangsangkan, pembangunan infrastruktur dan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Knight Frank Malaysia.
Dalam laporan Sorotan Hartanah bagi Separuh Pertama 2025 yang merangkumi segmen perindustrian, pejabat, runcit, hospitaliti dan kediaman, Knight Frank Malaysia berkata pasaran juga telah memaparkan tanda-tanda kestabilan meskipun dalam senario ketidaktentuan global.
Sektor Industri
Mengikut laporan itu, sektor industri terus berkembang, dipacu oleh pelaburan pusat data berjumlah RM163.6 bilion pada 2024 serta disokong oleh infrastruktur strategik seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan penambahbaikan Pelabuhan Klang.
Johor, Pulau Pinang dan Sabah misalnya telah muncul sebagai enjin atau pemacu pertumbuhan perindustrian manakala Sarawak dilihat menumpukan taman-taman perindustrian teknologi hijau.
Lembah Klang pula, katanya, dijangka menyaksikan penawaran gudang baharu berkeluasan 4.2 juta kaki persegi menjelang separuh kedua 2025, sekali gus membentuk ketersediaan dan dinamik harga.
Sektor Pejabat
Pasaran pejabat di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang kekal positif dengan kadar penyewaan dan permintaan sewaan stabil atau bertambah baik.
Lembah Klang diunjur menyaksikan penambahan ruang pejabat seluas dua juta kaki persegi pada 2025.
Di Johor Bahru, kadar sewaan pejabat meningkat RM0.10 hingga RM0.40 bagi setiap kaki persegi di kawasan utama, disokong oleh penawaran baharu serta penyerapan lebih stabil.
Pasaran pejabat Pulau Pinang juga kukuh dengan peningkatan penyewaan atau penghunian di serata kawasan pulau dan Seberang Perai.
Permintaan di Sabah dan Sarawak kekal kukuh, didorong oleh pergerakan penyewa yang konsisten selain kayakinan yang dipacu oleh infrastruktur.
Sektor Runcit
Prestasi runcit secara amnya stabil di serata negara, termasuk Lembah Klang yang menjangkakan ruang runcit baharu seluas tiga juta kaki persegi pada separuh kedua 2025.
Gedung beli-belah seperti Sunway Pyramid dan IOI City Mall pula kini melaksanakan penambahbaikan yang berteraskan aspek hijau serta teknologi untuk mengekalkan daya saingnya.
Kadar penyewaan runcit di Johor Bahru mencatat 72.4 peratus dalam suku pertama 2025 manakala Pulau Pinang susut sedikit kepada 72.1 peratus (suku keempat 2024: 72.3 peratus).
Bagi Kota Kinabalu, kadar penyewaan runcit meningkat kepada 79.2 peratus (suku keempat 2024: 78.9 peratus), disokong oleh penawaran runcit yang diterajui oleh elemen gaya hidup serta pengalaman berkaitan.
Sektor Hospitaliti
Sektor hospitaliti meneruskan pemulihannya dengan mencatatkan lebih 25 juta pengunjung dan hasil sebanyak RM102.2 bilion pada 2024. Kuala Lumpur menyumbang 16.9 peratus daripada keseluruhan jumlah bilik penginapan dalam negara, dengan kadar penghunian dan kadar bilik menunjukkan peningkatan yang stabil untuk destinasi utama.
Sabah pula mengatasi sasaran pelancongan 2024 dengan mencatatkan 3.1 juta ketibaan, manakala Sarawak melepasi sasarannya sendiri dengan mencatatkan 4.8 juta pengunjung. Peningkatan ini dipacu oleh penganjuran acara, sambungan penerbangan yang lebih baik serta penjenamaan strategik.
Sektor Kediaman
Prestasi sektor kediaman pula bercampur-campur dengan Kuala Lumpur mencatatkan kenaikan harga kediaman 3.2 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2025 walaupun jumlah transaksi menyaksikan penurunan 8.7 peratus -- menunjukkan kemungkinan berlakunya lebihan penawaran unit bertingkat tinggi.
Pasaran kediaman di Johor menunjukkan prestasi lebih kukuh dengan lonjakan 14 peratus dalam nilai transaksi pada suku pertama 2025 manakala Pulau Pinang pula menyaksikan sedikit penurunan dalam jumlah dan nilai transaksi hartanah bertingkat tinggi.
Prospek dan Cabaran
Pengarah Urusan Kumpulan Knight Frank Malaysia, Keith Ooi berkata, pasaran hartanah Malaysia terus menunjukkan daya tahannya meskipun berdepan tekanan global dan kerumitan dasar yang semakin meningkat.
"Apa yang kita lihat sekarang ialah pasaran yang lebih berhati-hati - pelabur dan penyewa kini lebih fokus kepada asas jangka panjang, terutamanya aset yang mampu menawarkan kelestarian, kecekapan dan kebolehsuaian," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Penyelidikan dan Perundingan, Amy Wong berkata, laporan separuh pertama 2025 itu meunjukkan peluang baharu dalam kedua-dua kawasan yang telah matang dan baharu dibangunkan di Malaysia.
"Projek infrastruktur seprti ECRL dan JS-SEZ meningkatkan prospek serantau, manakala peningkatan piawaian terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), runcit pintar dan permintaan terhadap pembangunan berorientasikan gaya hidup sedang mengubah landskap pasaran," katanya.
Di sebalik prospek yang positif ini, laporan itu turut memberi amaran terhadap cabaran-cabaran sektor itu, terutamanya dalam segmen perindustrian dan pejabat merangkumi kekangan infrastruktur, kos elektrik dan kekurangan tenaga kerja yang mempengaruhi keputusan pelaburan.
"Pasaran pejabat mungkin menyaksikan aktiviti penyewaan yang lebih berhati-hati kerana perniagaan berdepan tekanan kos operasi dan perubahan cukai yang bakal dilaksanakan.
"Bagi segmen runcit, walaupun permintaan dipacu oleh pemulihan gaji dan pelancongan, sentimen pengguna berkemungkinan menjadi lemah berikutan peningkatan kos sara hidup dan kekurangan pemangkin bermusim," kata laporan itu.
Laporan itu turut menyatakan walaupun sektor kediaman dijangka kekal berdaya tahan, pemaju dan pelabur sebaliknya perlu terus cergas dalam penyesuaian dengan perubahan pasaran dan cabaran global.
-- BERNAMA