BISNES
Sektor pusat data Malaysia terus rancak meskipun berdepan sekatan cip AI Amerika Syarikat
RHB Investment berkata unjuran positif ini didorong oleh pengecualian dan minat yang berterusan daripada firma gergasi teknologi AS seperti Google dan Microsoft. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd menjangkakan sektor pusat data Malaysia terus rancak meskipun berdepan kemungkinan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) dari Amerika Syarikat (AI).
Ringkasan AI
Bank pelaburan itu berkata unjuran positif ini didorong oleh pengecualian dan minat yang berterusan daripada firma gergasi teknologi AS seperti Google, Microsoft dan Amazon Web Services yang berkemungkinan meneruskan rancangan pelaburan mereka membangunkan pusat data di Malaysia, katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
"Kami juga tidak menolak kemungkinan syarikat gergasi teknologi AS dan sekutunya akan memperoleh status validated end user (VEU) iaitu seperti peraturan 'AI diffusion' bekas Presiden AS Joe Biden, yang membolehkan penghantaran cip AI ke negara seperti Malaysia dengan lebih mudah, berikutan pelaburan besar-besaran mereka di sini.
"Bagaimanapun, status VEU mungkin akan tertakluk kepada peraturan keselamatan yang ketat, seperti keselamatan rantaian bekalan, saringan kakitangan dan kawalan keselamatan transit," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
RHB Investment Bank turut mengunjurkan nilai potensi pembinaan sebanyak RM7.4 bilion daripada lima tender pusat data, susulan projek pusat data dalam tempoh terdekat yang didominasi syarikat multinasional (MNC) disokong AS.
Syarikat seperti Gamuda Bhd, Sunway Construction Group Bhd dan IJM Corp Bhd terutamanya meraih projek pusat data mereka daripada firma yang berpangkalan di AS atau pemain pusat data yang berasal dari negara yang "mesra" oleh AS, katanya.
"Antara tender pusat data yang keputusannya dijangka diketahui antara Julai hingga September termasuk di Elmina Business Park Fasa 2 dan Eco Business Park V di Puncak Alam," kata nota itu.
Selain itu, lokasi lain yang turut disebut termasuk di tapak seluas 157 hektar di Port Dickson, Negeri Sembilan yang dibeli daripada Gamuda, dan kini dibangunkan oleh Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd.
Memetik kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin Harun), RHB Investment Bank berkata satu lagi projek akan dibangunkan di Nilai yang mendapat sokongan daripada pelabur AS.
Tapak seluas 157 hektar itu berpotensi menempatkan kapasiti pusat data antara 500 megawatt (MW) hingga 700 MW, katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- RHB Investment Bank menjangkakan sektor pusat data Malaysia kekal rancak walaupun berdepan kemungkinan sekatan eksport cip AI dari Amerika Syarikat, berikutan minat berterusan syarikat gergasi teknologi seperti Google, Microsoft dan Amazon Web Services.
- Potensi pembinaan pusat data dianggarkan bernilai RM7.4 bilion daripada lima tender, dengan projek utama melibatkan syarikat seperti Gamuda, Sunway Construction dan IJM Corp, serta lokasi strategik seperti Elmina Business Park, Eco Business Park V dan Port Dickson.
- China dijangka menubuhkan pusat penyelidikan kuasa produktif China-BRICS dan menawarkan biasiswa kepada negara anggota, manakala Malaysia berpotensi menerima status validated end user (VEU) bagi memudahkan penghantaran cip AI, tertakluk kepada kawalan keselamatan ketat.