BISNES
Selangor catat RM3.021 bilion kutipan hasil negeri pada 2025 - Menteri Besar
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Transformasi Agribisnes PKPS 2026–2030 (SEED2030) di Wisma PKPS, Seksyen 14, Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mencatatkan kutipan hasil negeri sebanyak RM3.021 bilion pada 2025, sekali gus merekodkan peningkatan konsisten selama lima tahun berturut-turut, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Ringkasan AI
Beliau berkata pencapaian bersejarah melepasi paras RM3 bilion itu mencerminkan prestasi kewangan negeri yang kukuh dan konsisten, hasil tadbir urus berkesan serta komitmen tinggi seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri.
"Ini adalah konsistensi dicapai melalui kutipan hasil, hasil daripada kerja jitu, warga kerja bekerja dengan bersungguh-sungguh dan juga kreativiti pentadbiran kerajaan negeri dalam mendapatkan ataupun mencipta hasil-hasil baharu untuk kerajaan negeri," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini hari ini.
Menjelas lanjut, Amirudin berkata pada 2021 Selangor menyasarkan pendapatan RM2.2 bilion namun berjaya merekodkan kutipan RM2.28 bilion dan momentum itu diteruskan pada 2022 apabila sasaran RM2.05 bilion dilepasi dengan kutipan RM2.53 bilion, iaitu lebih RM500 juta daripada sasaran.
Menurut beliau, prestasi berkenaan berterusan pada 2024 apabila sasaran RM2.2 bilion berjaya dicapai dengan kutipan RM2.867 bilion, manakala pada 2025 sasaran RM2.3 bilion direkodkan dengan lebihan hampir RM700 juta, mencecah RM3.021 bilion.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan kutipan hasil diperoleh pada 2023.
Amirudin turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera pentadbiran negeri termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTGS) serta pihak berkuasa tempatan atas kejayaan mengekalkan prestasi kutipan hasil yang kukuh.
Dalam pada itu, Selangor terus merekodkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan apabila sehingga September 2025, negeri itu mencatatkan jumlah pelaburan melebihi RM51 bilion, antara yang tertinggi di Malaysia, katanya.
Beliau berkata walaupun sesetengah negeri mencatatkan jumlah pelaburan yang besar, Selangor kekal sebagai negeri yang mencipta peluang pekerjaan paling banyak, sekali gus membuktikan kualiti pelaburan diterima.
"Bagaimanapun, kita bukan hanya melihat kepada jumlah kemasukan pelaburan tetapi juga jumlah peluang pekerjaan dicipta kerana setakat September, 2025, pelaburan direkodkan di Selangor telah mewujudkan hampir 44,000 peluang pekerjaan, tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
"Angkanya 43,998, berbanding dengan Kuala Lumpur 43,900, Pulau Pinang 19,700 dan Johor 14,492...ini bermakna pelaburan-pelaburan kita (Selangor) berkualiti, kita bukan sahaja menyerap dan melindungi mereka yang memerlukan, tetapi kita memberi peluang dan mencipta peluang kehidupan kepada rakyat yang tinggal di negeri ini," katanya.
Dalam pada itu bagi menoktahkan miskin tegar, Amirudin berkata kerajaan negeri akan memantau kira-kira 3,500 individu setiap enam bulan termasuk mereka berdepan kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan atau isu pendapatan, dengan penglibatan agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat, bagi memastikan golongan berkenaan terus dibantu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor mencatatkan kutipan hasil negeri sebanyak RM3.021 bilion pada 2025, mencerminkan prestasi kewangan negeri yang kukuh dan komitmen tinggi jentera pentadbiran.
- Kutipan hasil Selangor meningkat konsisten dari RM2.2 bilion pada 2021 hingga melepasi sasaran tahunan dengan lebihan hampir RM700 juta pada 2025.
- Selangor merekodkan jumlah pelaburan melebihi RM51 bilion sehingga September 2025, sambil mencipta hampir 44,000 peluang pekerjaan, menunjukkan kualiti pelaburan negeri itu yang tinggi.