BISNES
Selangor teliti kos, kaedah anjur SIBS di luar negara - Amirudin
Menteri Besar Selangor ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 Tahun 2025 hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang meneliti secara terperinci kos dan kaedah penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di luar negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Ringkasan AI
Beliau berkata penganjuran SIBS di luar negara diteroka sebagai langkah memperluas jaringan perdagangan pada peringkat antarabangsa, selain sebahagian daripada strategi kerajaan negeri meningkatkan nilai dagang antara Selangor, Malaysia dan rantau ASEAN.
"Selangor bersedia menjadi pintu gerbang antara Malaysia dan ASEAN dan ini antara satu strategi yang kita kemukakan. Tetapi, buat masa ini kita sedang memperhalusi aspek kos dan bagaimana penganjuran (boleh dilaksanakan).
"Strategi kita bukan hanya mempergiat pertemuan dengan pelabur di negara terbabit tetapi turut melaksanakan SIBS di negara ASEAN dan membawa produk kita ke sana sebagai misi utama," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) yang ingin tahu usaha kerajaan negeri memperkasakan hubungan dagang ASEAN.
Amirudin turut memberikan contoh negara yang boleh dijadikan lokasi penganjuran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina atau Timor-Leste yang merupakan pasaran belum disentuh atau belum diterokai sepenuhnya.
Ia juga melibatkan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC), Sidang Kemuncak Aeroangkasa Selangor (SAS) dan Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS).
Pada 4 Nov, Amirudin berkata selepas lapan tahun, penganjuran SIBS yang hanya di Lembah Klang akan terus diperkasakan dengan skop serta penyertaan lebih luas termasuk meneroka lokasi di luar negara agar mampu menterjemah visi menjadikan Selangor sebagai destinasi utama pelaburan.
Beliau berkata cadangan pemerkasaan SIBS akan dirancang dan diteliti oleh Invest Selangor termasuk daripada segi kos supaya tujuan asas penganjuran iaitu mempromosi perniagaan dan Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik di Asia Tenggara tercapai.
Pada penganjuran edisi 2024, SIBS mencatat RM13.86 bilion nilai potensi urus niaga menerusi dua siri penganjuran manakala RM8.17 bilion direkodkan tahun ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor sedang meneliti kos dan kaedah penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di luar negara untuk memperluas jaringan perdagangan antarabangsa.
- Selangor bersedia menjadi pintu gerbang antara Malaysia dan ASEAN dengan strategi mempergiat pertemuan dengan pelabur serta melaksanakan SIBS di negara ASEAN.
- Penganjuran SIBS di luar negara, termasuk di Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, atau Timor-Leste, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Selangor untuk meningkatkan nilai dagang dan menarik pelaburan.