BISNES
Semakan SST tidak wajar dijadikan alasan naikkan kadar hotel - MOF

MOF berkata sekiranya terdapat hotel yang menaikkan kadar bilik dengan alasan SST, kerajaan menerusi KPDN akan meneliti perkara tersebut bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak munasabah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menaikkan kadar bilik hotel.
Ringkasan AI
- MOF menegaskan semakan SST tidak wajar dijadikan alasan menaikkan kadar bilik hotel, kerana kesannya terhadap kos operasi adalah minimum dan tidak mencecah 1015% seperti didakwa sesetengah pengusaha.
- Peningkatan kos hanya berlaku secara tidak langsung, melalui peluasan skop cukai ke atas penyewaan premis komersial dan makanan tertentu seperti makanan laut premium dan buah-buahan import.
- Kerajaan melalui KPDN akan menyiasat sebarang kenaikan harga bilik yang tidak munasabah, bagi mengelakkan pencatutan dan memastikan pengguna tidak terbeban secara tidak adil.
Kementerian tersebut berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan kenaikan kadar bilik hotel susulan peluasan skop SST seperti dakwaan beberapa persatuan hotel.
Persatuan itu mendakwa sesetengah pengusaha hotel perlu menaikkan harga bilik sebanyak 10 hingga 15 peratus berikutan semakan struktur cukai tersebut.
MOF berkata sekiranya terdapat hotel yang menaikkan kadar bilik dengan alasan SST, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneliti perkara tersebut bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak munasabah.
"Jika terdapat hotel yang menaikkan kadar bilik sehingga 15 peratus dengan alasan SST, kerajaan melalui KPDN akan meneliti kesan sebenar SST terhadap hotel-hotel terbabit bagi memastikan tiada unsur pencatutan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami