BISNES
Semua syarat bagi lupus perniagaan syarikat penerbangan berjaya dipenuhi - Capital A
Tony Fernandes berkata perkembangan ini menandakan "bab terakhir" dalam penyusunan semula perniagaan penerbangannya dan bermulanya fasa baharu sebagai kumpulan pelancongan dan digital pelbagai platform. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Capital A Bhd (Capital A) mengumumkan bahawa semua syarat utama yang diperlukan bagi pelupusan perniagaan syarikat penerbangannya telah dipenuhi sepenuhnya, sekali gus menjadikan perjanjian jual beli dengan AirAsia X Bhd (AirAsia X) berkuat kuasa tanpa sebarang syarat tertangguh.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes dalam satu sidang media hari ini berkata perkembangan ini menandakan "bab terakhir" dalam penyusunan semula perniagaan penerbangannya dan bermulanya fasa baharu sebagai kumpulan pelancongan dan digital pelbagai platform.
Beliau berkata pencapaian ini menandakan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan tertunggak; kesemua surat persetujuan daripada pihak berkepentingan dan surat komitmen penempatan persendirian bernilai RM1 bilion bagi AirAsia X telah berjaya diperoleh.
Selain itu, pada 17 Okt, 2025, halangan utama berkaitan pengecualian peraturan yang diperlukan daripada pihak berkuasa Thailand juga telah berjaya diselesaikan.
Dengan perjanjian kini berkuat kuasa tanpa sebarang syarat tertangguh, kedua-dua pihak akan meneruskan langkah-langkah seterusnya, termasuk pengurangan dan pengagihan modal Capital A, peruntukan dan penyenaraian saham AirAsia X, dan keperluan prosedur lain yang berkaitan.
Semua proses ini dijangka akan dimuktamadkan menjelang Disember, diikuti dengan permohonan penarikan status Nota Amalan 17 (PN17) pada bulan yang sama.
"Kami akan memulakan perjalanan seterusnya dengan dua entiti berbeza.
"Kumpulan syarikat penerbangan, yang akan dikenali sebagai AirAsia Group, akan menyatukan kesemua tujuh syarikat penerbangan AirAsia - jarak sederhana dan jarak dekat - di bawah satu platform untuk beroperasi sebagai satu rangkaian di seluruh rantau ini.
"Sementara itu, Capital A akan memberi tumpuan kepada pengembangan lima syarikat pelancongan dan digitalnya yang berpotensi tinggi serta mempunyai daya pertumbuhan pesat," katanya.
Lima syarikat Capital A ialah ADE (kejuruteraan), Teleport (logistik), AirAsia MOVE (platform pelancongan), Santan (perniagaan makanan dan minuman), dan perniagaan pelesenan jenama dan harga intelek, Abc., yang akan dinamakan sebagai AirAsia NEXT.
Apabila proses penyatuan ini selesai, Fernandes berkata AirAsia Group akan beroperasi sebagai satu entiti dengan strategi yang berteraskan kepada pelbagai megahab utama di seluruh rantau ini, dan tidak lagi bergantung kepada satu pasaran sahaja.
"Kami akan kembali untuk mengembangkan syarikat penerbangan ini dengan cara positif dari segi tunai," kata Fernandes.
-- BERNAMA