KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (Samsung) hari ini mengumumkan pembukaan Senheng x Samsung Premium Experience Store yang pertama di Asia Tenggara, terletak di Shoppes, Four Season Place.

Kedai mega baharu seluas 5,399 kaki persegi itu menawarkan enam zon pengalaman kepada pengguna untuk merasai pengalaman hebat produk Samsung seperti siri Galaxy S terkini, Galaxy Hearables dan Wearables, projektor Freestyle, barang-barang elektrik BESPOKE dan banyak lagi.

Presidennya Edward Han berkata, pihaknya teruja menjalinkan kolaborasi jangka masa panjang dengan Senheng sebagai usaha meningkatkan pengalaman pengguna.

“Semua yang kami lakukan hari ini direka untuk memperkayakan kehidupan orang ramai dengan cara terbaik dengan menyediakan persekitaran yang lebih sihat," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Senheng, Lim KH berkata, rakan kongsi tersebut membuka peluang kepada era ketersambungan dan kolaborasi dalam perniagaan.

“Kami berkongsi komitmen untuk membuka kerjasama dan sentiasa mencari cara baharu untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih baik merentasi peranti, aplikasi dan perkhidmatan supaya semua orang di seluruh Malaysia dapat merasai produk terbaharu Samsung,” jelasnya.

Bersempena pelancaran itu, pelanggan boleh menikmati tawaran menarik dengan pembelian mereka dari 17 hingga 21 Jun ini di kedai dan melalui aplikasi mudah alih Senheng.

Ia termasuk tawaran rebat bernilai RM1,000 untuk setiap pembelian Galaxy Z Flip3 5G dan hadiah percuma bernilai RM2,599 melalui pembelian TV QLED 4K.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi untuk Samsung dan Senheng.