Sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC asak Bursa Malaysia ditutup rendah

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 3.74 mata atau 0.23 peratus kepada 1,612.78 daripada paras penutup 1,616.52 pada Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini.
Ringkasan AI
- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh sentimen pelabur yang lebih berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC AS pada 9-10 Disember.
- Indeks FBM KLCI susut 3.74 mata atau 0.23 peratus kepada 1,612.78, dengan jumlah dagangan meningkat kepada RM2.14 bilion.
- Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd menyatakan Bursa Malaysia turut serasi dengan prestasi pasaran serantau, dan pasaran dilihat bergerak mendatar sejak pertengahan Oktober.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 738 berbanding 328 manakala sebanyak 561 kaunter tidak berubah, 1,118 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.32 bilion unit bernilai RM2.14 bilion daripada 3.17 bilion unit bernilai RM2.24 bilion pada Jumaat lepas.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Bursa Malaysia ditutup rendah yang turut seiringan dengan prestasi pasaran serantau.
"Data ekonomi AS yang lebih lemah hanya meningkatkan lagi jangkaan Fed akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, namun sentimen itu reda selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell membayangkan tiada sebarang keputusan muktamad dibuat (setakat ini)," katanya kepada Bernama.
Thong berkata FBM KLCI juga menyaksikan pergerakan yang mendatar sejak pertengahan Oktober dan berkemungkinan besar berada dalam julat kecil susulan ketiadaan pemangkin yang ketara.
"Walaupun mencecah paras intra harian terendah, indeks kekal bertahan melepasi paras sokongan 1,610. Kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat 1,600 hingga 1,630 pada minggu ini," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan IHH Healthcare naik 11 sen kepada RM8.51, Tenaga Nasional menokok enam sen kepada RM12.70, Maybank rugi enam sen kepada RM10.12, CIMB Group berkurangan satu sen kepada RM7.90 dan Public Bank turun dua sen kepada RM4.37.
Bagi saham paling aktif, Tanco untung satu sen kepada RM1.18, Zetrix AI susut 1.5 sen kepada 80 sen, BMS Holdings yang baru disenaraikan di Pasaran ACE turun 4.5 sen kepada 17.5 sen, PUC merosot setengah sen kepada dua sen manakala Velesto Energy kekal tidak berubah pada 25 sen.
Kaunter paling untung didahului Nestle yang naik 50 sen kepada RM112.50, Quality Concrete menambah 30 sen kepada RM1.25, United Plantations meraih 28 sen kepada RM28.72, Malaysian Pacific Industries menokok 20 sen kepada RM32.10 dan Sunway naik 15 sen kepada RM5.58.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 36.76 mata kepada 11,925.47, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 12.18 mata kepada 11,784.87, Indeks FBMT 100 turun 32.63 mata kepada 11,711.19, Indeks FBM ACE menguncup 32.51 mata kepada 4,783.63 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 70.57 mata kepada 16,652.04.
Bagi sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 78.07 mata kepada 18,933.26, Indeks Tenaga merosot 5.31 mata kepada 753.23, Indeks Perladangan kehilangan 67.04 mata kepada 8,029.21 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 0.03 mata kepada 165.81.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.16 bilion unit bernilai RM1.79 bilion daripada 1.30 bilion unit bernilai RM1.92 bilion, Jumaat lepas.
Selain itu, perolehan waran meningkat kepada 1.72 bilion unit bernilai RM218.31 juta daripada 1.57 bilion unit bernilai RM208.62 juta, sebelum ini.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 437.41 juta unit bernilai RM130.50 juta daripada 302.95 juta unit bernilai RM107.28 juta sebelum ini.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 248.89 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (197.90 juta), pembinaan (68.34 juta), teknologi (141.23 juta), perkhidmatan kewangan (53.04 juta), hartanah (147.56 juta), perladangan (33.49 juta), amanah pelaburan hartanah (17.43 juta), dana tertutup (12,000), tenaga (107.89 juta), penjagaan kesihatan (68.85 juta), telekomunikasi dan media (23.47 juta), pengangkutan dan logistik (31.02 juta), utiliti (25.45 juta) dan amanah perniagaan (30,300).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


