BISNES
Sentimen berhati-hati pengaruhi dagangan awal Bursa Malaysia
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan berakhir tidak banyak berubah semalam kerana pelabur tidak memasuki pasaran menjelang pilihan raya negeri hujung minggu ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Selasa apabila sentimen pasaran yang berhati-hati terus mempengaruhi selera risiko pelabur menjelang pilihan raya di enam negeri hujung minggu ini.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.12 mata kepada 1,442.69 daripada 1,445.81 pada penutup semalam.
Indeks utama dibuka 1.6 mata lebih rendah pada 1,444.21.
Di pasaran yang lebih luas, untung dan rugi hampir tidak jauh berbeza dengan 113 berbalas 118, manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,816 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 173.89 juta unit bernilai RM58.11 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan berakhir tidak banyak berubah semalam kerana pelabur tidak memasuki pasaran menjelang pilihan raya negeri hujung minggu ini.
Firma pembrokeran itu menjangkakan sentimen dagangan yang lengang akan berterusan dalam beberapa hari akan datang berikutan ketiadaan petunjuk baharu.
"Namun begitu, tumpuan utama akan diberikan pada pengeluaran data pengeluaran perindustrian Malaysia lewat hari ini," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata keadaan pasaran kekal kukuh memandangkan pengumpulan berterusan saham mewah.
"Dengan pengumuman musim pendapatan korporat untuk suku kedua, kami berpendapat fokus mungkin beralih kepada bank, syarikat telekomunikasi dan utiliti kerana konsensus mengunjurkan sektor-sektor ini akan mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang baik tahun ini.
"Justeru, kami menjangkakan indeks berada dalam aliran dalam julat 1,445 dan 1,455 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan Tenaga masing-masing menambah satu sen kepada RM4.14 dan RM9.57, CIMB susut dua sen untuk mencatatkan paras RM5.50, Petronas Chemicals kerugian empat sen kepada RM6.81 manakala Maybank tidak berubah pada RM8.92.
Bagi saham aktif, Classita turun setengah sen kepada 13 sen, VSolar menambah 2.5 sen menjadi 31 sen sementara Tanco, Alam Maritim dan Velesto tidak berubah, masing-masing pada 55.5 sen, 3.0 sen dan 24 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 19.66 mata kepada 10,598.35, Indeks FBMT 100 turun 19.29 mata menjadi 10,292.35, Indeks FBM Emas Syariah susut 17.39 mata kepada 10,843.94 dan Indeks FBM 70 lemah 13.32 mata kepada 13,893.89.
Indeks FBM ACE, bagaimanapun meningkat 2.49 mata kepada 5,255.88,
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 47.02 mata kepada 16,125.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.42 mata menjadi 166.04, Indeks Perladangan susut 23.16 mata kepada 7,087.39 manakala Indeks Tenaga bertambah 1.78 mata kepada 831.32.
-- BERNAMA