BISNES
Sentimen positif pacu ringgit terus mengukuh bagi hari kelima berturut-turut
Pada 6 petang, ringgit meningkat ke paras 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya untuk hari kelima berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan mata wang utama lain, didorong oleh minat risiko susulan berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN yang positif.
Sentimen itu turut meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan Malaysia dan aspek penyepaduan ekonomi serantau.
Pada 6 petang, ringgit meningkat ke paras 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 semalam.
Ringgit juga diniagakan mengukuh 1.02 peratus dalam tempoh lima hari lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengukuhan ringgit itu didorong oleh keyakinan terhadap prospek dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menyaksikan ringgit mengukuh sehingga 4.1865 berbanding dolar AS pada sesi awal menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam ini.
"Pihak Fed dijangka melaksanakan penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas malam ini yang menjadikan kadar Persekutuan dalam julat 3.75-4.00 peratus," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata jika Fed menurunkan kadar faedah, jurang Kadar Dana Persekutuan dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan mengecil daripada 150 mata asas kepada 125 mata asas yang akan menyumbang secara positif kepada pengukuhan ringgit.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Ini termasuk naik berbanding yen Jepun kepada 2.7493/7528 daripada 2.7605/7640, meningkat sedikit berbanding pound Britain kepada 5.5326/5392 daripada 5.5845/5911 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8722/8780 daripada 4.8884/8942.
Berbanding mata wang ASEAN, ringgit diniagakan bercampur-campur termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2324/2365 daripada 3.2387/2431 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 251.8/252.2 daripada 252.4/252.9.
Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.9651/9858 daripada 12.9214/9424 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 7.12/7.14 daripada 7.09/7.10 sebelum ini.
-- BERNAMA