Serba Dinamik akan kemuka pelan regularisasi dalam tempoh 8 bulan

Bernama
Mei 5, 2022 20:30 MYT
Serba Dinamik berkata, ia mempunyai masa kira-kira lapan bulan untuk mengemukakan pelan regularisasinya kepada pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan kelulusan. - Gambar fail/ Dagangnews
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd sedang mengkaji untuk merangka pelan bagi melaraskan keadaan kewangannya dan ia perlu mengemukakannya dalam tempoh lapan bulan.
Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Serba Dinamik, syarikat perkhidmatan kejuruteraan itu berkata ia mempunyai masa kira-kira lapan bulan untuk mengemukakan pelan regularisasinya kepada pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan kelulusan.
"Syarikat akan membuat pengumuman yang perlu mengenai Pelan Regularisasi mengikut keperluan di di bawah Nota Amalan 17," katanya.
-- BERNAMA
#Serba Dinamik #Bursa Malaysia #Pelan Regularisasi #kewangan syarikat