awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serba Dinamik, eksekutif tertinggi selesaikan sepenuhnya kompaun RM16 juta

Bernama
Bernama
12/05/2022
20:08 MYT
Serba Dinamik, eksekutif tertinggi selesaikan sepenuhnya kompaun RM16 juta
Operasi Serba Dinamik diteruskan seperti biasa, dengan tumpuan kepada menguruskan pemiutang dan proses penstrukturan semula Nota Amalan 17.
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd dan eksekutif tertingginya telah melaksanakan penyelesaian penuh kompaun mereka, yang dikenakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dengan jumlah keseluruhan RM16 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Serba Dinamik menjelaskan pembayaran telah dibuat pada 9 Mei, sebelum tarikh akhir lanjutan pada 11 Mei, 2022.
"Syarikat juga ingin menekankan bahawa operasi diteruskan seperti biasa, dengan tumpuan kepada menguruskan pemiutang dan proses penstrukturan semula Nota Amalan 17," jelasnya.
Pada 13 April, 2022, Serba Dinamik; Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah; Pengarah Eksekutif, Datuk Syed Nazim Syed Faisal; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Azhan Azmi; dan Naib Presiden Akaun dan Kewangan, Muhammad Hafiz Othman dikenakan kompaun RM3 juta setiap seorang kerana mengemukakan maklumat palsu dalam penyata kewangan syarikat.
Muhammad Hafiz telah dikenakan kompaun tambahan RM1 juta kerana memalsukan rekod perakaunan anak syarikat Serba Dinamik, Serba Dinamik Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Serba Dinamik
#kompaun
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#palsu rekod perakaunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan