SHAH ALAM: Serba Dinamik Holdings Bhd mengumumkan pelantikan pengarah Bintai Kinden, Noor Azri Noor Azerai menduduki satu daripada dua kerusi pengarah bebas bukan eksekutif (INE) baharu, berkuatkuasa Khamis, berikutan perletakan jawatan dua INED pada Rabu.
Noor Azri Noor Azerai merupakan pengarah eksekutif dan Timbalan CEO Bintai Kinden Corporation Bhd (sejak Mac lalu) dan merupakan INED di NWP Holdings Bhd (sejak bulan lepas).
Beliau yang memiliki ijazah di dalam Kewangan Pelaburan dan Risiko dari London Institute of Banking and Finance dilantik bersama Abu Bakar Uzir menggantikan pengerusi Datuk Illyas Mohamed dan Johan Mohamed Ishak yang dilantik pada 18 Jun lalu.
Menurut pernyataan syarikat kepada Bursa Malaysia, Abu Bakar merupakan pengarah firma Abbaz Advisory Sdn Bhd. dan memiliki pengalaman luas di dalam banyak bentuk perkhidmatan perakaunan awam termasuk audit, perakaunan, percukaian, kesetiausahaan syarikat, perkhidmatan perunding dan tugasan insolvensi meliputi pelanggan yang pelbagai.
Beliau yang memegang ijazah perakaunan dari Universiti Utara Malaysia juga merupakan ejen percukaian di bawah Kementerian Kewangan dan Institut Cukai Bertauliah Malaysia.
Selain itu, Abu Bakar juga merupakan Akauntan Bertauliah (CA) di Institut Akauntan Malaysia (MIA), Perancang Kewangan Bertauliah (VFP) Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) dan kini mengikut program Kesetiausahaan Bertauliah di Institut Kesetiausahaan dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA).
Serba Dinamik kemuka rayuan kepada Bursa Malaysia, jangka keluarkan laporan tahunan sebelum akhir Disember ini
Berikutan pelantikan baharu dan perletakan jawatan INED, Serba Dinamik kini memiliki empat INED dengan Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dinaikkan menjadi pengerusi.
Seorang lagi INED, Siti Zaleha Sulaiman akan menduduki jawatankuasa baharu ditubuhkan iaitu audit dan risiko merangkumi Abu Bakar sebagai pengerusi dan pengarah bukan bebas bukan eksekutif, Datuk Abdul Kadier Sahib selain jawatankuasa pencalonan dan ganjaran (NRC) juga merangkumi Noor Azri dan Abdul Kadier.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Nov 26 2021
Noor Azri Noor Azerai menduduki satu daripada dua kerusi pengarah bebas bukan eksekutif (INE) baharu, berkuat kuasa Khamis. -Dagang News
Peguam Negara tarik balik rayuan pembebasan Zahid Hamidi
Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap pembebasan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak VLN.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.
Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.
Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.
Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.
Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.