PUTRAJAYA: Pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kemajuan sebanyak 20.37 peratus pada Januari lalu, lebih awal berbanding jadual asal iaitu 19.39 peratus.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kemajuan itu disebabkan oleh Bahagian B (Dungun-Mentakab) telah mencapai tahap penyelesaian sebanyak 9.47 peratus berbanding 5.83 peratus seperti yang dijadualkan.
Menurut beliau, pencapaian itu meliputi kerja tanah, struktur, longkang pasang siap menegak (PVD), jambatan serta pembinaan terowong di Dungun, Paka dan Kuantan.
"Oleh itu, projek ini merupakan salah satu kejayaan MoT dengan perubahan jajaran yang dibuat bukan sahaja menggunakan perancangan asal, tetapi ditambah baik sampai ke Pelabuhan Barat dan Utara.
"Dari segi kos dengan nilai kejuruteraan pula, ia mencecah RM50 bilion berbanding kos sebelum ini iaitu RM46.379 bilion yang belum ditambah dengan kos pengambilan tanah dan dijangka akan mencecah sehingga RM54 bilion.
"Perubahan itu juga dilihat mampu mengoptimumkan penggunaan kemudahan awam dalam semua aspek, selain ia juga tidak mendapat tentangan atau kritikan daripada mana-mana ahli Parlimen pembangkang mahupun kerajaan," katanya dalam sidang media khas Pencapaian Malaysia Prihatin di sini, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Ka Siong berkata, kementeriannya berjaya mengekalkan kedudukan Pelabuhan Klang di tangga ke-12 rangking 20 pelabuhan paling sibuk di dunia pada 2020.
"Selain itu, Pelabuhan Tanjung Pelepas pula naik tiga anak tangga dari kedudukan ke-18 pada 2019 kepada tangga ke-15 pada tahun lepas.
"Kejayaan itu hasil inisiatif yang dilaksanakan MoT menerusi usaha pengosongan pelabuhan (port clearing) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan kesesakan di pelabuhan," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Tue Mar 09 2021
KA SIONG: Pencapaian itu meliputi kerja tanah, kerja struktur, PVD, jambatan serta pembinaan terowong di Dungun, Paka dan Kuantan. - Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.
Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.
Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.
Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.
SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.
COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.