BISNES
Shahul Hameed dilantik Pengarah Urusan, CEO Green Packet baharu
Pelantikan Shahul Hameed sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 21 Julai - Foto/fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Green Packet Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Shahul Hameed Dawood sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 21 Julai.
Green Packet dalam kenyataan memaklumkan perubahan kepimpinan ini menandakan satu langkah penting bagi kumpulan dalam menempatkan diri di persimpangan inovasi, keterangkuman, serta kemajuan digital serantau.
Jelas penyedia penyelesaian teknologi terkemuka itu, pelantikan Shahul mengisyaratkan misi syarikat untuk melampaui kejayaan komersial, dan menjadi pemangkin kepada transformasi digital positif di seluruh ASEAN.
"Gaya kepimpinan kolaboratif beliau dan keupayaan mengumpulkan rangkaian pelbagai, daripada pembuat dasar dan pemimpin perniagaan hingga masyarakat akar umbi, menjadikannya sesuai untuk membawa Green Packet memasuki era baharu dalam keterhubungan global dan pertumbuhan berpandukan tujuan," kata syarikat tersebut.
Green Packet menambah Shahul memiliki pengalaman lebih 30 tahun merentasi sektor dan dihormati kerana keupayaannya memacu transformasi sambil membina sinergi kuat antara sektor awam dan swasta.
Sebelum ini, Shahul berkhidmat sebagai CEO HRD Corp, dan berperanan dalam menggerakkan salah satu agenda pembangunan bakat paling berpengaruh di negara ini.
Pada 16 April lalu, beliau mengumumkan peletakan jawatan daripada HRD Corp, menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahunnya.
"Di peringkat antarabangsa, Shahul dikenali kerana kemahiran membina kerjasama strategik yang merentasi sektor dan sempadan," tambah kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Shahul dalam kenyataan sama berkata peranannya bukan sekadar memimpin sesebuah syarikat, tetapi turut merangkumi tanggungjawab menyelaraskan teknologi dengan kemajuan dunia sebenar.