[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
BISNES

Shell ambil langkah berjaga operasi penghantaran minyak di Asia Barat

Agensi 19/06/2025 | 05:00 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Shell, Wael Sawan berkata ketegangan yang semakin memuncak telah menambah ketidaktentuan yang sedia ada di rantau tersebut. - Reuters
TOKYO: Syarikat minyak dan gas global, Shell, mengambil langkah berjaga-jaga dalam operasi penghantarannya di Asia Barat susulan konflik yang semakin menegang antara Israel dan Iran.

Ringkasan AI
  • Shell mengambil langkah berhati-hati dalam operasi penghantaran di Timur Tengah akibat ketegangan semakin memuncak antara Israel dan Iran, yang meningkatkan risiko keselamatan dan ketidaktentuan serantau.
  • Ketua Eksekutif Shell, Wael Sawan, menyuarakan kebimbangan terhadap gangguan elektronik yang menjejaskan navigasi kapal komersial serta risiko gangguan terhadap Selat Hormuzlaluan kritikal untuk 20% bekalan minyak dunia.
  • Sebarang gangguan di Selat Hormuz seperti serangan atau penutupan boleh memberi kesan besar terhadap perdagangan global, menjadikan kestabilan laluan tersebut penting kepada pasaran tenaga dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Shell, Wael Sawan berkata ketegangan yang semakin memuncak sejak beberapa hari lalu telah menambah ketidaktentuan yang sedia ada di rantau tersebut.
“Peningkatan ketegangan sejak beberapa hari kebelakangan ini, pada asasnya, telah menambah kepada ketidaktentuan yang sudah pun signifikan di rantau ini.
“Kami sangat berhati-hati, contohnya, dalam penghantaran kami di rantau ini, bagi memastikan kami tidak mengambil sebarang risiko yang tidak perlu,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di sebuah persidangan industri di Tokyo pada Khamis.
Sawan turut memaklumkan bahawa gangguan elektronik telah menjejaskan sistem navigasi kapal komersial, sambil memberi amaran bahawa sebarang gangguan terhadap laluan air Selat Hormuz yang menjadi laluan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dan bahan api dunia akan membawa kesan besar.
"Selat Hormuz yang mengalirkan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia kekal sebagai nadi penting pasaran tenaga global.
"Sekiranya berlaku gangguan seperti serangan dron, periuk api atau ancaman penutupan, ia akan memberi impak besar terhadap perdagangan global,” katanya.
#Iran #Israel #shell #Wael Sawan