BISNES
SIBS 2025: Selangor pacu pembangunan setaraf negara ASEAN
Sesi panel “ASEAN in the Crossfire – Geopolitics, Trade, and Technological Hegemony” menampilkan (dari kiri) Najib Aroff, Arividya Arimuthu, Elina Noor dan Shahril Hamdan sempena SABC 2025. - Foto Invest Selangor
KUALA LUMPUR: Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor 2025 melabuhkan tirai pada Khamis dengan perbincangan utama mengenai kedudukan Selangor sebagai negeri paling maju di Malaysia dan berpotensi setaraf dengan ekonomi utama di rantau ASEAN.
Ringkasan AI
Fokus tahun ini tertumpu kepada strategi Selangor dalam memperkukuh daya saing melalui pelaburan berimpak tinggi, pembangunan modal insan, dan pembentukan ekosistem ekonomi yang mampan - selaras dengan aspirasi Malaysia selaku pengerusi ASEAN.
Bercakap kepada Astro AWANI, penganalisis polisi dan ekonomi Shahril Hamdan menyatakan bahawa aspirasi Selangor untuk dibandingkan dengan negara ASEAN lain mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan sebenar negeri tersebut.
“Selangor bukan sekadar mahu mengekalkan status sebagai negeri paling maju, tetapi berhasrat melonjak ke tahap lebih tinggi sebagai penanda aras ekonomi baharu di rantau ini,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Antara contoh paling ketara, menurut Shahril, ialah usaha Selangor memacu pembangunan reka bentuk cip bersepadu (IC design), selaras dengan strategi nasional untuk meningkatkan nilai dalam industri semikonduktor.
“Selangor kini menjadi peneraju utama dalam membina pusat reka bentuk cip tempatan. Ini bukan retorik, tetapi realiti ekonomi baharu yang sedang dibentuk,” ujarnya.
Selain sektor teknologi, Shahril turut menekankan kepimpinan Selangor dalam mengembangkan ekonomi penjagaan, sejajar dengan keperluan rantau ini dalam menghadapi masyarakat menua.
“Selangor ke hadapan dalam mempersiapkan bukan sahaja negeri, tetapi juga negara dan rantau untuk aktiviti berkaitan kebajikan masyarakat menua,” katanya.
Menjawab soalan mengenai amalan terbaik yang boleh diadaptasi, beliau menekankan kepentingan pembangunan modal insan sebagai tonggak kemajuan jangka panjang.
“Jika kita dapat membina satu dimensi besar untuk menarik dan membangunkan bakat tempatan serta serantau ke Selangor, itu akan menjadi kelebihan besar negeri ini.
“Kita mahu Selangor dilihat bukan sekadar tempat bekerja, tetapi sebagai destinasi di mana bakat dihargai, berinovasi dan menyumbang kepada misi ekonomi negara.
“Pastikan pekerjaan membawa nilai bukan hanya dari segi wang ringgit, tetapi juga dari segi makna dan erti. Kita mahu tenaga kerja merasakan mereka sebahagian daripada penyelesaian besar, bukan sekadar komponen dalam sistem,” tambahnya.
Persidangan ini sekali lagi menegaskan peranan Selangor sebagai hab ekonomi termaju Malaysia, dan menunjukkan kesediaan negeri itu untuk memainkan peranan lebih besar dalam membentuk masa depan ekonomi ASEAN melalui inovasi, kepimpinan dan kecekapan modal insan.
Ringkasan AI
- Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor 2025 menekankan potensi Selangor untuk setaraf dengan ekonomi utama rantau, melalui pelaburan strategik dan ekosistem berimpak tinggi.
- Selangor dilihat sebagai peneraju dalam pembangunan reka bentuk cip bersepadu dan ekonomi penjagaan, selaras dengan keperluan industri semikonduktor dan masyarakat menua.
- Pembangunan bakat tempatan dan serantau digariskan sebagai tonggak utama, menjadikan Selangor destinasi inovatif yang menghargai tenaga kerja sebagai penyumbang kepada misi ekonomi negara.