BISNES
SIDEC melancarkan Program Pecutan Kembar Selangor, pacu 'startups' dan PKS generasi baharu di Malaysia
Gobind Singh Deo (enam, kiri) bersama barisan tetamu kehormat di Majlis Pelancaran Program Pecutan Kembar Selangor edisi 2025. - Foto/ SIDEC
KUALA LUMPUR: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) secara rasmi melancarkan Program Pecutan Kembar Selangor edisi 2025.
Ringkasan AI
Ia merupakan sebuah inisiatif dua hala bertujuan untuk mengembangkan startups (syarikat pemula) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia paling berpotensi dalam industri teknologi berinovasi tinggi dan kalangan pengguna.
Majlis pelancaran diadakan di Asia School of Business, Kuala Lumpur dirasmikan Ahli Majlis Eksekutif Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han, dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Selasa lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Yong Kai Ping, inisiatif ini terdiri daripada Program Pecutan Teknologi Mendalam Selangor (Deep-X) dan Program Pecutan Teknologi Runcit Selangor (Retail-X), dibangunkan bagi membantu usahawan berpotensi tinggi mengasah kebolehan untuk masa depan sekaligus berkembang dalam pasaran global.
“Dengan Deep-X dan Retail-X, kami bukan sahaja memantapkan lagi prestasi syarikat tetapi membina ekosistem sepenuhnya terintegrasi untuk menyokong pengasas setiap tahap.
“Program ini ditubuhkan untuk menghasilkan usahawan yang bersedia secara global dengan alat, rangkaian, dan pemikiran kolektif,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Program Pecutan Kembar Selangor edisi 2025, di sini.
Program Deep-X turut menyasarkan startups teknologi didorong kecerdasan buatan (AI) dalam bidang seperti agritech, bioteknologi, teknologi kesihatan, robotik, semikonduktor, kelestarian, dan inovasi net-zero.
Program pecutan selama 12 minggu ini juga menawarkan mentor, akses pasaran, penglibatan pelabur, dan lebih RM300,000 nilai program.
Startups Deep-X berprestasi terbaik juga bakal dipilih untuk misi inovasi antarabangsa ke Plug & Play di Silicon Valley, di mana mereka akan membuat pembentangan kepada pelabur global, berhubung dengan pecutan terkemuka, dan meneroka perkongsian komersial.
Dalam pada itu, program Retail-X menyokong PKS B2C yang berpotensi tinggi dalam bidang fesyen, gaya hidup, makanan & minuman, kediaman, kesihatan, kecantikan, dan kesejahteraan.
Program ini memberi tumpuan kepada pemasaran dipacu AI, sistem inventori pintar, dan strategi pertumbuhan omnichannel.
Retail-X akan berakhir dengan Hari Demonstrasi Akhir, di mana PKS terbaik akan membuat pembentangan di hadapan para pelabur dan pemenang berpeluang menerima wang tunai serta faedah sebanyak RM50,000, pendedahan jenama, diikuti lawatan Ventures Sidec World Stage ditaja sepenuhnya ke ByteDance, sekali gus akses khas bagi menyaksikan di sebalik tabir inovasi perdagangan TikTok Shop.
Edisi kali ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan rakan kongsi terkemuka termasuk Cradle, TikTok Shop, Xendit, BytePlus, AEON, DHL, dan Shopline yang menunjukkan keselarasan kuat antara awam dan swasta dengan matlamat ekonomi digital Selangor.
Permohonan bagi program Deep-X dibuka hingga 20 Julai 2025 manakala, permohonan bagi program Retail-X ditutup 13 Julai depan.
Untuk maklumat lanjut mengenai program, layari www.sidec.com.my .
Ringkasan AI
- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) secara rasmi melancarkan Program Pecutan Kembar Selangor edisi 2025.
- Ia merupakan sebuah inisiatif dua hala bertujuan untuk mengembangkan startups (syarikat rintisan) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia paling berpotensi dalam industri teknologi berinovasi tinggi dan kalangan pengguna.
- Majlis pelancaran diadakan di Asia School of Business, Kuala Lumpur dirasmikan Ahli Majlis Eksekutif Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han, dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo pada Selasa lalu.
Ia merupakan sebuah inisiatif dua hala bertujuan untuk mengembangkan startups (syarikat pemula) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia paling berpotensi dalam industri teknologi berinovasi tinggi dan kalangan pengguna.
Majlis pelancaran diadakan di Asia School of Business, Kuala Lumpur dirasmikan Ahli Majlis Eksekutif Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han, dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Selasa lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Yong Kai Ping, inisiatif ini terdiri daripada Program Pecutan Teknologi Mendalam Selangor (Deep-X) dan Program Pecutan Teknologi Runcit Selangor (Retail-X), dibangunkan bagi membantu usahawan berpotensi tinggi mengasah kebolehan untuk masa depan sekaligus berkembang dalam pasaran global.
“Dengan Deep-X dan Retail-X, kami bukan sahaja memantapkan lagi prestasi syarikat tetapi membina ekosistem sepenuhnya terintegrasi untuk menyokong pengasas setiap tahap.
“Program ini ditubuhkan untuk menghasilkan usahawan yang bersedia secara global dengan alat, rangkaian, dan pemikiran kolektif,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Program Pecutan Kembar Selangor edisi 2025, di sini.
Program Deep-X turut menyasarkan startups teknologi didorong kecerdasan buatan (AI) dalam bidang seperti agritech, bioteknologi, teknologi kesihatan, robotik, semikonduktor, kelestarian, dan inovasi net-zero.
Program pecutan selama 12 minggu ini juga menawarkan mentor, akses pasaran, penglibatan pelabur, dan lebih RM300,000 nilai program.
Startups Deep-X berprestasi terbaik juga bakal dipilih untuk misi inovasi antarabangsa ke Plug & Play di Silicon Valley, di mana mereka akan membuat pembentangan kepada pelabur global, berhubung dengan pecutan terkemuka, dan meneroka perkongsian komersial.
Dalam pada itu, program Retail-X menyokong PKS B2C yang berpotensi tinggi dalam bidang fesyen, gaya hidup, makanan & minuman, kediaman, kesihatan, kecantikan, dan kesejahteraan.
Program ini memberi tumpuan kepada pemasaran dipacu AI, sistem inventori pintar, dan strategi pertumbuhan omnichannel.
Retail-X akan berakhir dengan Hari Demonstrasi Akhir, di mana PKS terbaik akan membuat pembentangan di hadapan para pelabur dan pemenang berpeluang menerima wang tunai serta faedah sebanyak RM50,000, pendedahan jenama, diikuti lawatan Ventures Sidec World Stage ditaja sepenuhnya ke ByteDance, sekali gus akses khas bagi menyaksikan di sebalik tabir inovasi perdagangan TikTok Shop.
Edisi kali ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan rakan kongsi terkemuka termasuk Cradle, TikTok Shop, Xendit, BytePlus, AEON, DHL, dan Shopline yang menunjukkan keselarasan kuat antara awam dan swasta dengan matlamat ekonomi digital Selangor.
Permohonan bagi program Deep-X dibuka hingga 20 Julai 2025 manakala, permohonan bagi program Retail-X ditutup 13 Julai depan.
Untuk maklumat lanjut mengenai program, layari www.sidec.com.my .


#SIDEC
#Perusahaan Kecil & Sederhana PKS
#Syarikat rintisan
#Program Pecutan Kembar Selangor 2025
#Gobind Singh Deo
#Yong Kai Ping