awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidec raih Anugerah Peluang/Keterangkuman Digital di WITSA Excellence Awards 2024

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2024
13:49 MYT
Sidec raih Anugerah Peluang/Keterangkuman Digital di WITSA Excellence Awards 2024
Loo Chuan Boon bersama Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Research & Development Sdn Bhd, Dr. Sharlene Thiagarajah menunjukkan trofi anugerah yang diterima di WITSA Excellence Awards 2024. - Gambar Sidec
SHAH ALAM: Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berjaya meraih kemenangan bagi kategori Peluang/Keterangkuman Digital (Sektor Awam) di Anugerah Kecemerlangan Perikatan Perkhidmatan Inovasi dan Teknologi Global (WITSA) 2024 yang berlangsung di Yerevan, Armenia pada 6 Oktober lepas.
Ketua Pegawai Operasi Sidec, Loo Chuan Boon berkata, pengiktirafan berprestij antarabangsa itu membuktikan komitmen Sidec dalam mempromosikan keterangkuman digital melalui inisiatif utama seperti Selangor 1000 Digital 2024 dan Anugerah Usahawan E-Dagang Terbaik Malaysia.
Selain itu jelasnya, pengiktirafan itu juga mengukuhkan lagi peranan Sidec sebagai peneraju dalam transformasi digital dan usaha berterusan untuk memacu inovasi dalam sektor awam Malaysia.
“Kami sangat berbangga dan gembira diiktiraf oleh WITSA atas usaha kami yang berterusan dalam memacu peluang dan keterangkuman digital.
“Anugerah ini bukan sahaja mewakili pencapaian Sidec, tetapi juga aspek daya tahan dan kebolehsuaian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menerima khidmat kami.
“Selangor 1000 Digital 2024 dan Anugerah Usahawan E-Dagang Terbaik menjadi bukti usaha kami bagi memperkasa kemajuan perniagaan dalam ekonomi digital,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap pihak berkepentingan utama yang telah memberi sokongan serta menyumbang di atas kejayaan kedua-dua iniasitif berkenaan.
"Penghargaan istimewa untuk pejabat Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor; Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); AFFIN; Lazada; Shopline; FIUU; Pos Malaysia serta rakan lain di atas komitmen dalam menjayakan inisiatif ini.
"Kerjasama ini penting dalam memacu transformasi digital selain memperkasa komuniti PKS di Malaysia," jelasnya.
Inisiatif Selangor 1000 Digital 2024 telah memperkasa lebih 1,000 usahawan di Selangor dengan menyediakan akses kepada alat dan penyelesaian digital yang komprehensif.
Anugerah Usahawan E-Dagang Terbaik 2024 pula mengiktiraf usaha cemerlang bidang itu di serata negara dengan lebih 500 pedagang telah disenarai pendek pada tahun ini.
Selain Sidec, Telekom Research & Development Sdn Bhd turut menerima pengiktirafan dengan memenangi Anugerah Transformasi Digital Terbaik (Sektor Swasta/Badan Bukan Kerajaan) menerusi Sistem Diagnostik Rangkaian Mudah Alih Pintar (Minds).
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Sidec dan program yang akan datang, sila layari www.sidec.com.my.
Topic Berkaitan
#SIDEC
#WITSA Excellence Awards 2024
#Selangor 1000 Digital 2024
#PKS tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan