awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Silver Ridge tidak dapat bina enam pusat data di Cyberjaya susulan rakan usaha sama tarik diri

Bernama
Bernama
19/08/2025
23:30 MYT
Silver Ridge tidak dapat bina enam pusat data di Cyberjaya susulan rakan usaha sama tarik diri
Silver Ridge Holdings Bhd tidak dapat meneruskan perancangan untuk membina enam pusat data di Cyberjaya selepas SIC menarik diri daripada projek berkenaan. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Silver Ridge Holdings Bhd tidak dapat meneruskan perancangan untuk membina enam pusat data di Cyberjaya selepas rakan usaha samanya, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) menarik diri daripada projek berkenaan.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata, anak syarikatnya SR Total Digital Sdn Bhd menerima notis daripada SIC yang memaklumkan penarikan diri daripada perjanjian usaha sama (JVA).
"SIC menyatakan ketidakupayaannya untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkaitan pajakan tanah berkenaan.
"Akibatnya, ketidakupayaannya untuk mendapatkan resolusi lembaga daripada PKNS untuk kelulusan dan surat kuasa wakil terhad bagi sebahagian daripada tanah seluas 3.23 hektar tersebut," katanya.
Projek pusat data itu sepatutnya dibangunkan di tapak milik PKNS di Cyberjaya.
Projek berkenaan diumumkan pada Mac 2024 apabila SR Total memeterai JVA dengan SIC untuk menubuhkan tiga syarikat usaha sama dengan SR Total memegang 80 peratus kepentingan manakala SIC memegang baki 20 peratus dalam syarikat-syarikat tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat data
#Bursa Malaysia
#Silver Ridge
#tarik diri
#Selangor Industrial Corporation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan