awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sime Darby Motors akan edar EV BYD di Malaysia

Bernama
Bernama
29/09/2022
00:00 MYT
Sime Darby Motors akan edar EV BYD di Malaysia
Kerjasama dengan BYD adalah antara langkah yang diambil Sime Darby Motors ke arah merealisasikan matlamat menjadi peneraju dalam pasaran EV.
KUALA LUMPUR: Sime Darby Motors (SDM) Malaysia pada Rabu menandatangani perjanjian pengedaran dengan BYD, pembuat kenderaan tenaga baharu terkemuka dunia, bagi kemasukan kenderaan elektrik (EV) BYD ke pasaran kenderaan penumpang Malaysia.
Dalam kenyataan, SDM menjelaskan perjanjian itu akan melibatkan pengedaran ATTO 3 selain kenderaan e6 baharu BYD oleh pihaknya.
Pengarah Urusan SDM, Andrew Basham berkata perkongsian itu akan membawa kepakaran BYD ke pasaran Malaysia melalui pelbagai model EV.
"Kerjasama kami dengan BYD adalah antara langkah yang diambil SDM ke arah merealisasikan matlamat kami menjadi peneraju dalam pasaran EV. Ini juga sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia ke arah mobiliti karbon rendah," katanya dalam kenyataan yang sama.
Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang berkata Malaysia ialah pasaran penting bagi pengembangan BYD memandangkan terdapat peluang amat luas untuk ekosistem EV berkembang.
"Berlandaskan rekod prestasinya yang terbukti dan operasi kukuh dalam sektor automotif di rantau Asia Pasifik, kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan SDM bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap EV di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sime darby motors
#kenderaan elektrik
#BYD
#pengedaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan