awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sime Darby Property cadang buat penyusunan semula dalaman

Bernama
Bernama
07/06/2024
00:40 MYT
Sime Darby Property cadang buat penyusunan semula dalaman
Langkah yang dicadangkan itu dijangka selesai pada suku keempat 2024. - Foto fail/Sime Darby
KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd (SDP) menyarankan penyusunan semula dalaman untuk memperkemas strukturnya kepada aliran perniagaan berasingan yang dapat dikenal pasti untuk lebih mencerminkan kepelbagaian operasi kumpulan dan memperoleh struktur korporat yang lancar.
SDP berkata menerusi cadangan itu, perniagaan pembangunan hartanahnya akan dipindahkan kepada Sime Darby Property (Bukit Jelutong) Sdn Bhd, Sime Darby Property (City of Elmina) Sdn Bhd, Sime Darby Property (Lagong) Sdn Bhd, MVV Holdings Sdn Bhd dan Sime Darby Property (HL) Sdn Bhd.
Perniagaan perkhidmatan pengurusan pula akan dipindahkan kepada SDP (Management Services) Sdn Bhd.
"Selepas selesai cadangan penyusunan semula di peringkat dalaman ini, SDP akan hanya beroperasi sebagai syarikat pegangan pelaburan," kata SDP dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis.
Pada masa ini, SDP terlibat terutama dalam perniagaan pembangunan hartanah, perniagaan perkhidmatan pengurusan dan berperanan sebagai syarikat pemegangan pelaburan tersenarai bagi kumpulan itu.
SDP berkata ia telah memeterai perjanjian penyusunan semula dengan anak syarikatnya melalui skim penyusunan ahli di bawah Seksyen 366 dan 370 Akta Syarikat 2016, dan cadangan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan pihak berkuasa berkaitan.
Menurut syarikat, langkah yang dicadangkan itu dijangka selesai pada suku keempat 2024, dan diramal tidak memberi impak penting terhadap pendapatan dan pendapatan sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sime Darby
#syarikat pegangan pelaburan
#penyusunan semula
#memperkemas strukturnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan