KUALA LUMPUR: Sime Darby Motors (SDM) Malaysia dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memformalkan memorandum persefahaman untuk meneroka pelbagai inisiatif bagi mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Dalam satu kenyataan bersama semalam, kedua-dua pihak berkata inisiatif itu, antara lain, termasuk memastikan rangkaian infrastruktur pengecasan EV yang sangat cekap disediakan untuk menyokong pertumbuhan ini.
Pihak terbabit juga menyasarkan untuk melihat inisiatif yang cekap tenaga dan tenaga boleh diperbaharui yang lain bagi mengoptimumkan kos infrastruktur pengecasan EV dan untuk mengurangkan pelepasan karbon.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sime Darby Bhd Datuk Jeffri Salim Davidson berkata kumpulan itu mempunyai cita-cita EV yang jelas dan TNB memainkan peranan penting dalam memastikan matlamatnya dapat dicapai di Malaysia.
"Rakan kongsi seperti TNB memainkan peranan penting sebagai pemboleh dalam membantu kami mencapai sasaran portfolio produk yang lebih cekap tenaga menjelang 2025 dan menjadi peneraju bagi EV di Asia Pasifik," katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din berkata minat kumpulan itu untuk mempercepatkan e-mobiliti berpunca daripada cita-cita kumpulan untuk mewujudkan persekitaran EV yang kondusif yang menggalakkan kadar penggunaan EV yang lebih tinggi dalam kalangan orang ramai, justeru menyokong agenda jejak mobiliti rendah karbon untuk Malaysia.
"Sebagai pemacu utama peralihan tenaga negara, inisiatif ini juga membina usaha kami untuk menerajui pembangunan ekosistem yang kondusif bagi penggunaan EV yang lebih luas di Malaysia," katanya.
Baharin menambah di bawah kerjasama itu, TNB akan menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan stabil kepada ekosistem pengecasan EV berdasarkan kawasan geografi terpilih yang dipersetujui bersama oleh TNB dan SDM Malaysia.
"TNB juga akan menawarkan SDM Malaysia penyelesaian yang boleh mengoptimumkan kos elektriknya dan menyokong sumber tenaga hijau dan mampan dalam mengurangkan pelepasan karbon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran SDM Malaysia Jeffrey Gan (dua kiri) dan Ketua Solutions Bahagian Retail TNB Mohamed Azrin Mohamed Ali (dua kanan) bersama memorandum yang ditandatangani semalam di Ara Damansara. - Foto Sime Darby
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.60 mata kepada 1,549.64 daripada 1,553.24 pada Khamis.
Pemaju waspada kenaikan kos susulan prestasi semasa ringgit - Sime Darby Property
Setiap satu peratus susut nilai ringgit akan menyebabkan peningkatan 0.15 hingga 0.25 peratus untuk satu "kejituan".
Model baru Perodua D66B dijangka diperkenal seawal April 2024
Perkara ini dikongsikan oleh penganalisa, selari dengan pengambilalihan UMW Holdings oleh Sime Darby.
Saham UMW dinyah senarai 19 Feb susulan pengambilalihan Sime Darby
Keseluruhan modal saham terbitan UMW Holdings Bhd akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 19 Feb, 2024.
Aliran masuk pelabur asing dalam ekuiti Malaysia melonjak hampir 3 kali ganda pada Jan 2024
Aliran masuk tersebut mengurangkan jualan bersih terkumpul mereka sejak krisis kewangan global kepada RM33.3 bilion.
Saham UMW Holdings tiada lagi mulai 9 Feb 2024, anggotai konglomerat Sime Darby
Saham UMW Holdings tiada lagi mulai 9 Feb 2024, menganggotai konglomerat Sime Darby
Sime Darby lanjut hingga 31 Jan untuk pemegang saham UMW Holdings terima tawaran RM5
CIMB Investment Bank Bhd berkata tahap penerimaan tawarannya setakat 5 petang Jumaat lepas berada pada 94.15%.
Unit Sime Darby selesaikan pengambilalihan pegangan UMW pada harga RM3.57 bilion
Sime Darby Enterprise Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan 61.18 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd pada harga RM3.57 bilion.
Eksklusif: Pengambilalihan UMW penting, Toyota, Perodua akan bantu Sime Darby berkembang
Menurut Jeffri, ketika ini Sime Darby hanya menguasai sekitar 15 peratus perkongsian pasaran melibatkan segmen premium.
Lebih 99 peratus pemegang saham Sime Darby lulus pengambilalihan UMW
99.7 peratus pemegang saham Sime Darby Bhd memberikan kelulusan mengambilalih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam UMW Holdings Bhd.