Singapura telah mengatasi China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dan membuktikan kepentingan republik itu dalam hubungan perdagangan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin ini sekali gus menandakan bagaimana perdagangan telah berkembang antara kedua-dua negara jiran.

Tambah beliau, Singapura adalah pelabur paling penting untuk Malaysia dan negara turut berbincang mengenai meningkatkan kerjasama dua hala untuk perusahaan kecil dan sederhana di Singapura dan cadangan menempatkannya semula di Johor.

Beliau membuat kenyataan berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat, Teo Chee Hean.

Muhyiddin dan Teo turut membincangkan pelbagai isu termasuk pendidikan, pelancongan dan iklim ekonomi global semasa.

Muhyiddin berkata Teo ada juga menyebut mengenai krisis zon euro dan aktiviti ekonomi yang menurun di Amerika Syarikat.

Tambah beliau trend ini membimbangkan Malaysia akan memantau sama ada ia akan memberi kesan kepada negara.

Teo pula berkata terdapat banyak perkara dalam bidang pendidikan, pelancongan dan alam sekitar yang boleh dilakukan secara bersama oleh kedua-dua negara.

"Saya gembira untuk mengumumkan yang Singapura kini merupakan rakan dagang terbesar kita, mengatasi China, tahun lepas. Jadi, itu adalah petunjuk kukuh bagaimana perdagangan dua hala telah berkembang" Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin