OPPO Malaysia melancarkan Siri OPPO Reno11 5G, paduan keanggunan dan gaya bersama Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas yang menjanjikan prestasi dan pengalaman terunggul.

Turut memiliki jangka hayat bateri sepanjang hari dengan kelajuan cas terbaik, Siri OPPO Reno11 5G merupakan telefon pintar berkelas dunia pada harga yang menakjubkan.

Dua model telefon pintar terbaharu OPPO ini dicipta dengan rekaan 3D elegan dan memukau, selesa dalam genggaman pada ketebalan 7.59mm dan berat 184g untuk Reno11 Pro 5G, manakala OPPO Reno11 5G setebal 7.99mm dan berat 185g.

Diinspirasikan oleh elemen-elemen pantai dan laut, warna ‘Pearl White’ dicipta melalui kaedah gabungan tiga lapisan visual yang berbeza untuk mewujudkan kesan kilauan bersinar bak mutiara dan pasir putih (warna ini hanya terdapat pada model Reno11 Pro 5G).

Warna ‘Wave Green’ pula menampilkan imej ombak laut hijau di bawah langit cerah dengan rekaan Sutera Berkilau, teknik baharu pemindahan corak daripada kain semula jadi yang dirintis OPPO (warna ini hanya terdapat pada model Reno11 5G).

Sementara warna ‘Rock Grey’ adalah gaya yang lebih klasik dan tenang, lapisan-lapisan bersinar perak seakan pasir di bawah matahari terbenam yang diwujudkan dengan OPPO Glow, proses yang menggabungkan elemen kaca beku halus dengan estetika bertekstur (warna ini terdapat dalam kedua-dua model Reno11 Pro 5G dan Reno11 5G).

Siri OPPO Reno11 5G tampil dalam tiga warna - "Pearl White" (Reno11 Pro 5G), "Wave Green" (Reno11 5G) dan "Rock Grey" (kedua-dua model).

Reno11 Pro 5G memperkenalkan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas baharu daripada OPPO yang dilengkapi algoritma fotografi komputasi, membolehkan imej potret terunggul dirakam walau dalam apa keadaan pencahayaan sekalipun.

Ia didayakan oleh kamera telefoto setara 47mm, 32MP, 2x - yang mengambil pandangan klasik untuk potret, sudut pandang yang serupa dengan perspektif mata manusia - dengan sensor Sony IMX709 yang mempunyai susunan piksel RGBW yang meningkatkan 60 peratus kepekaan dan 35 peratus kurang ‘noise’ berbanding sensor biasa.

Kamera utama peranti ini juga mantap dengan resolusi 50MP, lensa f/1.8 dengan OIS, dan sensor besar Sony IMX890 berukuran 1/1.56”, serta sensor baru LYT600 daripada Sony pada OPPO Reno11 5G , menyediakan kemampuan penggambaran serba boleh yang luar biasa.

Reno11 Pro 5G juga mempunyai fungsi zoom hebat, membolehkan pengambilan gambar berkualiti tinggi sehingga 5x dengan teknologi Enjin Imej Hypertone.

Untuk pengambilan gambar yang luas, kamera ultra-lebar pada kedua-dua model menawarkan bidang pandangan yang meliputi 112º dengan lensa f/2.2 8MP, sementara kamera hadapannya pula berkeupayaan 32MP dengan lensa f/2.4.

Sistem kamera siri OPPO Reno11 5G ini juga menampilkan keupayaan Pengenalan Wajah + Pemisahan Subjek/Senario; Perlindungan Warna Kulit dan Ciri-Ciri Wajah; Peningkatan Keklaran, Kesan Cahaya dan Bayang Stereosektik; dan Pengoptimum Latar Belakang + Penyatuan Subjek/Senario - dikuasakan Enjin Pakar Potret hasil kerjasama OPPO dengan pakar fotografi potret dari seluruh dunia.

Ia dilengkapkan dengan ‘Potret AI Retouching’ untuk penyelasaran foto yang baik pada bibir dan mata untuk bayangan, warna lipstik, dan penyempurnaan struktur wajah yang paling tepat, semua tanpa mengorbankan kecantikan semulajadi subjek.

Lebih daripada kamera serba boleh, siri ini dapat merakam video ultra-jelas 4K dari kedua-dua kamera utama dan kamera selfie 32MP.

Pakar OPPO, Amelia Henderson memperaga dan menerangkan tentang reka bentuk dan keupayaan kamera Siri OPPO Reno11 5G.

Siri OPPO Reno11 5G memastikan anda terus aktif dari pagi hingga malam dengan bateri besar 4600mAh (Reno11 Pro 5G) dan 5000mAh (Reno11 5G) disokong Enjin Kesihatan Bateri OPPO, membolehkan ketahanan penggunaan sepanjang hari selama empat tahun.

Aktifkan pengisian kilat 80W SUPERVOOC™ dalam Reno11 Pro 5G menggunakan pengecas yang disediakan untuk peningkatan sebanyak 24% dalam masa lima minit dan cas penuh 100% hanya dalam masa 28 minit, sementara bagi Reno11 5G, aktifkan pengisian kilat 67W SUPERVOOC™ dengan menggunakan pengecas yang disediakan untuk penambahan sebanyak 33% dalam masa 10 minit3, dan cas penuh 100% hanya dalam masa 45 minit3.

Paparan skrin siri OPPO Reno11 5G juga tak kurang hebatnya, dengan sempadan yang sangat nipis melengkung keluar yang elegan seluas 6.7” dan kadar penyegaran dinamik 120Hz memastikan pergerakan visual yang lancar.

Nikmati skrin OLED 10-bit Reno11  5G dan skrin AMOLED 10-bit Reno11, memaparkan lebih dari 1 bilion warna untuk paparan kelihatan semula jadi dengan pensijilan HDR10+ yang menghasilkan nota sempurna dengan sorotan memukau bersama bayang-bayang atmosfera.

Siri OPPO Reno11 5G digerakkan oleh sistem pengoperasian terbaharu, ColorOS 14 yang menyatukan kecantikan, keselamatan, produktiviti, kebolehpercayaan, dan ketahanan.

Pada majlis pelancaran Siri OPPO Reno11 5G di One&Only Desaru Coast Malaysia, Johor.

Trinity Engine generasi seterusnya dalam ColorOS 14 membolehkan pemulihan ROM untuk penjimatan sehingga 45GB ruang daripada jumlah storan 512GB pada Reno11 Pro, dan sehingga 21GB ruang ekstra daripada jumlah storan 256GB pada Reno11 dengan memampatkan data yang tidak digunakan dan menyingkir fail yang berlebihan.

OPPO Reno11 Pro 5G (12GB + 512GB) boleh didapati pada harga RM2,499, manakala Reno11 5G (12GB + 256GB) dijual pada harga RM1,899.

Sempena pelancaran siri OPPO Reno11 5G , OPPO Malaysia menyajikan hadiah istimewa untuk tempoh terhad mulai 11 hingga 25 Januari 2024, yang mana pelanggan siri Reno11 berpeluang menerima hadiah bernilai sehingga RM476.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri OPPO Reno11 5G, layari laman web rasmi OPPO Malaysia.
 

Siri OPPO Reno11 5G: Pakar potret, reka bentuk elegan