Sistem perbankan Malaysia terus mengekalkan tahap permodalan yang kukuh dalam keadaan keuntungan yang berterusan dan persekitaran kualiti aset yang lebih baik, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Sistem perbankan terus mencatatkan keuntungan yang kukuh pada 2018, disokong sebahagian besarnya oleh aktiviti pembiayaan dan peningkatan kecekapan yang berterusan, menurut BNM dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 yang dikeluarkan di sini hari ini.
Katanya kualiti aset bank kekal kukuh dan pada peringkat agregat terus bertambah baik, dengan pinjaman terjejas kasar dan bersih menurun berbanding tahun lepas dari segi nilai mutlak dan sebagai bahagian daripada jumlah pinjaman.
Katanya pembiayaan oleh sektor perbankan termasuk perbankan Islam terus menyokong kegiatan ekonomi pada 2018 apabila jumlah pembiayaan terkumpul meningkat dengan lebih cepat sebanyak 5.6 peratus kepada RM1,673.5 bilion.
BNM berkata pembiayaan isi rumah mencakupi 57.3 peratus daripada jumlah pembiayaan yang diberikan oleh sektor perbankan, berkembang sebanyak 5.6 peratus pada 2018, selepas mengalami tempoh pertumbuhan yang sederhana berikutan pelaksanaan langkah kehematan makro pada 2013 bertujuan menggalakkan pemberian pinjaman yang lebih bertanggungjawab.
"Pembiayaan sektor perniagaan pula turut mencatatkan pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 5.4 peratus, disumbangkan terutamanya oleh pembiayaan kepada sektor pembinaan bagi menyokong projek-projek infrastruktur seperti Lebuhraya Pan Borneo dan LRT 3," menurut BNM.
Katanya pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus menjadi tumpuan strategik institusi perbankan, dengan peningkatan yang ketara sejak beberapa tahun lepas, apabila pembiayaan daripada PKS merupakan hampir separuh daripada pembiayaan terkumpul kepada sektor perniagaan.
"Sektor perbankan terus menyokong PKS pada 2018, dengan pembiayaan sebanyak RM65.5 bilion diluluskan untuk disalurkan kepada 108,700 akaun PKS," katanya.
Bagi institusi kewangan pembangunan (IKP), BNM berkata ia terus memainkan peranan penting dalam menyokong sektor ekonomi strategik dan memajukan matlamat pembangunan dan sosioekonomi Malaysia.
"Jumlah pembiayaan terkumpul IKP yang bernilai RM143.1 bilion pada akhir 2018, disalurkan terutamanya kepada segmen infrastruktur, PKS, eksport, pertanian dan isi rumah yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan.
"Khususnya, pembiayaan kepada PKS dan sektor pertanian, masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua angka, sebanyak 11.7 peratus dan 10.7 peratus," katanya.
BNM berkata IKP juga menyumbang sebahagian besar (75.5 peratus) daripada pembiayaan kepada usahawan mikro di bawah Skim Pembiayaan Mikro, dengan pengeluaran pinjaman berjumlah RM292.2 juta pada 2018, dengan jumlah pembiayaan terkumpul di bawah skim ini sebanyak RM910.7 juta pada akhir 2018.
Pada masa depan, katanya usaha untuk menginstitusikan rangka kerja baharu dan memastikan rangka kerja ini dilaksanakan dengan berkesan akan terus menjadi keutamaan untuk IKP dan tumpuan aktiviti pengawalseliaan dan penyeliaan BNM.
Katanya BNM turut berbincang dengan kerajaan untuk mengkaji semula landskap IKP bagi mengambil kira pembangunan dalam sistem kewangan dan perubahan dalam struktur dan keutamaan ekonomi Malaysia untuk memberi tumpuan lebih mendalam pada mandat IKP sambil memaksimumkan prestasi dan sinergi.
Katanya BNM menyokong kemajuan teknologi yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan dan akses kepada perkhidmatan kewangan, dan Pengawalseliaan Teknologi Kewangan (Sandbox) terus menjadi saluran penting untuk menguji penyelesaian kewangan dan model perniagaan yang inovatif.
Malaysia telah meraih kejayaan yang besar dalam rangkuman kewangan hasil usaha yang gigih sejak beberapa tahun lepas dalam menggalakkan akses dan penggunaan perkhidmatan kewangan kepada semua segmen masyarakat, menurut BNM.
Pusat mengakses kewangan boleh didapati hampir di semua mukim, digerakkan oleh bank ejen yang diperkenalkan sejak 2012 manakala data dari segi penawaran yang diberikan oleh institusi kewangan menunjukkan 95 peratus orang dewasa di Malaysia mempunyai akaun deposit, katanya.
Katanya kajian terbaharu yang dijalankan pada 2018 telah menunjukkan penggunaan produk kewangan dan saluran digital yang meningkat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2019

Sistem perbankan Malaysia terus mencatatkan keuntungan yang kukuh pada 2018 yang disokong melalui aktiviti pembiayaan dan peningkatan kecekapan yang berterusan. - Gambar fail

Joe Biden angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.
![[TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46 [TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/30236132991611159914047/1886501_31570730741611160548300_640x360.jpg)
[TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46
Ikuti Nailah Huda untuk perkembangan terkini menjelang angkat sumpah Presiden AS.

Angkat sumpah Biden | Kamala Harris wajar dijadikan 'role model'
Lantikan Kamala harris sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat merupakan satu sejarah yang besar buat negara maju itu. Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim berkata, harris yang merupakan wanita pertama di amerika menyandang jawatan itu, perlu dilihat secara positif selain dijadikan contoh buat negara lain.

Angkat sumpah Harris | Orang kampung Harris kongsi keterujaan
Sebuah desa kecil di India yang dikelilingi oleh sawah-padi berkongsi keterujaan menjelang beberapa jam sebelum Kamala Harris mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat baharu. Keterujaan mereka itu kerana, kampung mereka adalah kampung halaman datuk Kamala.

Presiden AS | Trump tinggalkan White House
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meninggalkan White House, beberapa jam sebelum Joe Biden mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46. Trump yang turut ditemani isteri meninggalkan kediaman yang diduduki mereka sejak empat tahun lalu dengan menaik Marine One menuju ke lapangan terbang.

Angkat sumpah Biden | Joe Biden perlu tumpu isu perpaduan
Isu perpaduan di Amerika Syarikat antara perkara yang dijangka akan menjadi fokus pentadbiran Joe Biden dan Kamala Harris. Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya, Prof Dr Jatswan Singh berkata, rusuhan yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini jelas membuktikan pentadbiran Trump mengakibatkan perpecahan kalangan rakyat Amerika Syarikat.

Thinaah, Tan curi tumpuan di Terbuka Thailand
Pasangan beregu wanita negara M. Thinaah dan Pearly Tan Koong Le, menewaskan pasangan nombor sembilan dunia Chang Ye Na dan Kim Hye Rin pada pusingan pertama kejohanan Toyota Terbuka Thailand.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Presiden AS | Biden dijangka tingkat hubungan pelbagai hala
Hubungan 'multi-lateral' antara negara-negara asia akan terus diperhebat di bawah pentadbiran baharu, Presiden Joe Biden dan Naib Presidennya, Kamala Harris. Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir turut menjangkakan, pentadbiran Presiden Joe Biden turut memberi fokus ke arah mengangkat semula kerjasama ekonomi dalam situasi pandemik COVID-19.

10 Berita Pilihan - (20 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kekalkan OPR pada 1.75 peratus akan beri sokongan kepada ringgit - MARC
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menjangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 1.75 peratus akan memberi sokongan kepada ringgit.

Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun
Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas pengumuman mengenai PERMAI
Peniaga berkata harga minyak mentah dijangka stabil sejajar dengan kemajuan dalam pelaksanaan vaksin COVID-19.

Bursa Malaysia pulih dengan aktiviti belian saham pada harga rendah
Minat pelabur ditingkatkan oleh pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion semalam.

PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PKP 2.0: Bank sedia lanjutkan bantuan
Pihak industri perbankan bersedia membantu peminjam yang terjejas susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri di Malaysia.

FXTM jangka MYR akan uji paras 4.00, OPR dijangka kekal
Tindak balas kesihatan dan ekonomi Malaysia terhadap PKP 2.0 yang sedang berlangsung, bersama prestasi dolar AS, akan menjadi pemacu utama.

Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.

Kadar jangka pendek kekal stabil minggu hadapan
Untuk minggu yang baru berakhir, BNM campur tangan setiap hari bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

PKP 2.0: Laksana semula moratorium secara menyeluruh - DPDM
Daniel Wong berkata, kerajaan juga tidak perlu memikirkan tentang kemampuan institusi perbankan kerana perkara itu boleh dilaksanakan.