awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SkyWorld catat hasil dan keuntungan tertinggi dalam sejarah syarikat

Faida Rahim
Faida Rahim
07/07/2023
08:58 MYT
SkyWorld catat hasil dan keuntungan tertinggi dalam sejarah syarikat
Sejak tahun 2014 hingga Mei 2023, SkyWorld berjaya melancarkan sebanyak 12,317 unit kediaman dengan kadar pembelian sebanyak 92%.
KUALA LUMPUR: SkyWorld Development Bhd (SkyWorld) mencatatkan keuntungan selepas cukai RM150.7 juta dan pendapatan sebanyak RM841.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023, iaitu pendapatan dan keuntungan tertinggi yang pernah dicatat dalam sejarah syarikat.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas SkyWorld, Datuk Seri Ng Thien Phing berkata berdasarkan harga Penawaran Awal Awam (IPO) 0.80 sen serta rekod keuntungan, nisbah Harga Kepada Pendapatan (PE) syarikat adalah 5.56 kali.
“Ini menjadikannya jauh lebih rendah daripada purata PE pasaran. Kami mengumumkan 3 sen sesaham dengan hasil dividen sebanyak 3.75% berdasarkan harga IPO. Ini bermakna, belian pelabur yang melanggan IPO kami akan lebih bernilai,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Sejak tahun 2014 hingga Mei 2023, SkyWorld berjaya melancarkan sebanyak 12,317 unit kediaman dengan kadar pembelian sebanyak 92%.
“Ini adalah bukti bahawa produk kami mendapat permintaan tinggi dan memenuhi keperluan pasaran. “SkyWorld menekankan mutu kualiti kerja yang tinggi untuk kesemua produknya. Syarikat mewajibkan semua pembangunannya menjalani Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan iaitu standard yang dinamakan QLASSIC oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia. Pada tahun 2020, pembangunan SkyLuxe on the Park di Bukit Jalil kami mencapai skor QLASSIC 85%, iaitu markah tertinggi di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, syarikat pemaju bandar itu menerima Anugerah Emas Dunia sempena majlis FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2023 yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat pada 8 Jun lalu menerusi projek SkyAwani 2 Residences.
Berkongsi mengenai hala tuju syarikat, SkyWorld akan meneruskan tumpuannya di bandaraya Kuala Lumpur serta mempunyai pelan strategik 10 tahun dengan matlamat untuk menembusi pasaran Asia Tenggara.
Dalam masa terdekat, SkyWorld memandang ke arah Vietnam sebagai negara Asia Tenggara pertama yang ingin diterokai dengan memberi tumpuan kepada bandar Ho Chi Minh.
Topic Berkaitan
#SkyWorld
#Ng Thien Phing
#QLASSIC
#FIABCI World Prix d Excellence Awards 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan