BISNES
SpaceX pertimbang bergabung dengan Tesla - Laporan
Trak Tesla Cybertruck mengetuai perjalanan ketika kapal angkasa SpaceX Starship digerakkan menuju ke tapak pelancaran sebelum ujian penerbangan ke-11 dari kompleks syarikat itu di Texas, AS pada Oktober 2025. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Syarikat aeroangkasa milik Elon Musk, SpaceX, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan penggabungan dengan syarikat kenderaan elektrik Tesla, menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber rapat.
Selain Tesla, SpaceX juga dikatakan menilai pilihan lain termasuk penggabungan bersama syarikat kecerdasan buatan milik Musk, xAI.
Laporan terkini turut menyebut SpaceX dan xAI sedang dalam perbincangan untuk bergabung sebelum penyenaraian awam besar-besaran yang dijangka berlangsung tahun ini.
Langkah itu dilihat sebagai usaha menyatukan beberapa aset utama Musk termasuk roket SpaceX, rangkaian satelit Starlink, platform media sosial X, serta chatbot AI Grok - di bawah satu entiti.
Susulan laporan tersebut, saham Tesla meningkat kira-kira 3 peratus dalam dagangan selepas waktu penutup.
Menurut sumber, idea penggabungan antara SpaceX dan Tesla turut mendapat dorongan daripada sebahagian pelabur yang melihat potensi sinergi antara kedua-dua gergasi teknologi itu.
Sebarang perjanjian yang bakal dimeterai dijangka menarik minat besar daripada dana infrastruktur global serta pelabur berdaulat dari Asia Barat, berdasarkan minat tinggi terhadap aset teknologi strategik Musk.
Setakat ini, SpaceX dan Tesla belum memberikan sebarang maklum balas berhubung laporan tersebut. - Agensi