awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Standard Chartered unjur BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Bernama
Bernama
07/03/2023
05:20 MYT
Standard Chartered unjur BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
Standard Chartered mengekalkan saranannya agar BNM menaikkan OPR sebanyak 25 bps kepada tiga peratus pada Mei, lebih awal daripada jangkaan rasionalisasi subsidi bahan api pada separuh kedua 2023.
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis, demikian menurut Standard Chartered Bank (Singapore) Ltd.
Dalam nota penyelidikan global hari ini, bank itu berkata memandangkan subsidi masih ada, inflasi Januari menyederhana sedikit, dan dengan hanya satu bulan data sejak Januari, BNM diunjur mengekalkan pendirian tunggu dan lihat untuk menilai kesan pelarasan OPR terkumpul yang lepas.
Bagaimanapun, ia menambah sementara BNM menghentikan sementara kenaikan kadar pada Januari, nada penyata dasar monetari yang disertakan tidak memihak kepada pertumbuhan ekonomi (dovish), dan bank pusat mempunyai penilaian positif terhadap ekonomi domestik dan membiarkan ruang untuk kenaikan selanjutnya.
"Kami akan memerhatikan bagaimana penilaian BNM terhadap pertumbuhan domestik manakala prospek inflasi telah berkembang sepanjang bulan lalu," katanya.
Justeru, Standard Chartered mengekalkan saranannya agar BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas (bps) kepada tiga peratus pada Mei, lebih awal daripada jangkaan rasionalisasi subsidi bahan api pada separuh kedua 2023, yang mungkin mengecualikan kumpulan pendapatan T20 daripada subsidi bahan api.
"Berdasarkan andaian harga minyak US$80 setong Kementerian Kewangan, kami menganggarkan penghapusan subsidi bahan api untuk kumpulan pendapatan T20 akan menambah 0.5 mata peratusan kepada inflasi setiap tahun," tambahnya.
--BERNAMA
TAG: Standard Chartered, OPR, BNM, MPC, inflasi, kadar faedah
Topic Berkaitan
#OPR
#Bank Negara Malaysia
#mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari
#Standard Chartered
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan