KUALA LUMPUR: Tingkatkan keselamatan sempadan dengan memasang teknologi canggih terkini dan strategi-strategi baharu bagi memutuskan rantai bekalan pedagang haram untuk mencegah mereka daripada menggunakan Malaysia sebagai pasaran utama atau transit, menurut R. Paneir Selvam, seorang kolumnis hal-ehwal perundangan terkemuka di dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan beliau adalah sebagai mengulas pindaan terhadap Akta Kastam 1967, yang mana Kerajaan menambah denda terhadap pedagang haram di bawah Seksyen 135 akta tersebut.
Selvam yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan HELP, dan Institut Jenayah dan Kriminologi HELP, berkata, kerajaan sudah mengambil langkah yang tepat.
''Namun, apakah menambah denda benar-benar menakutkan pedagang haram daripada menerusikan aktiviti mereka? Ia masih jadi tanda-tanya.
"Pendirian terhadap perundangan jenayah ekonomi hendaklah dipertimbangkan semula sekarang. Ini disebabkan semasa kelembapan ekonomi pada masa ini, diburuk lagi dengan pandemik COVID-19, akan memberi peluang kepada pedagang haram untuk meningkatkan operasi mereka dan mengaut untung besar,’’ kata beliau.
Menurut Selvam, undang-undang sedia ada mengkehendaki pihak pendakwa membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Di pihak tertuduh pula perlu menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwa untuk dilepaskan. "Pendekatan ini sesuai sangat untuk jenayah tradisional seperti pembunuhan atau rompakan.’’
"Bagi jenayah ekonomi seperti penipuan, rasuah, sogokan atau berdagangan barangan tidak mengikut undang-undang, beban bukti hendaklah diletakkan kepada tertuduh, bukan pendakwa seperti diguna pakai pada Akta Penipuan 2006 di United Kingdom.
"Ini kerana asal-usul barangan datang dari satu negara yang kemudiannya dijual di negara lain, dan bentuk jenayah ini lazimnya dilakukan oleh kumpulan jenayah terancang. Misalnya, rokok seludup dari Indonesia dan dijual di Malaysia,’’ jelas beliau.
"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menutup ketirisan di dalam sistem dengan menangani perkara ini secara agresif.’’
Selvam memuji pelaburan terbaharu Kerajaan di dalam kenderaan udara tanpa juruterbang (UAV) dan dron bagi memantau sempadan negara yang luas sebagai sebahagian daripada ‘Ops Benteng’.
''Kini tiba masanya untuk mengguna pakai pelaburan ini bagi meluaskan lagi pemantauan sempadan melangkaui soal pendatang asing tanpa izin dan memasukkan juga aktiviti haram lain seperti penyeludupan rokok kontraban.
"Kita hendaklah sedar bahawa penjenayah sentiasa berfikir di luar kotak bagi meneruskan perdagangan menguntungkan mereka walaupun berdepan risiko. Oleh itu, penggubal undang-undang dan pegawai agensi penguatkuasaan juga harus berfikir seperti mereka bagi memerangi jenayah ini, yang bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara tetapi juga kesihatan rakyat dan reputasi negara,'' ujarnya
Selvam berkata, usaha berterusan mengukuhkan undang-undang yang meningkatkan kuasa pihak berkuasa, selain penggunaan teknologi canggih sebagai kelengkapan pegawai agensi-agensi, akan memaksimumkan peluang membanteras para penyeludup.
Pada masa yang sama ujar beliau, pihak berkuasa ini hendaklah telus dan bertanggungjawab jika terdapat anggota mereka bersengkongkol dengan penyeludup seumpamanya, dan mereka hendaklah dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Dec 23 2021
Penggunaan dron di kawasan sempadan negara oleh Angkatan Tentera Malaysia digunakan untuk meninjau kawasan Op Pagar 2 di Bukit Kayu Hitam antara sempadan Malaysia-Thailand. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Strategi baharu diperlukan bagi menangani pasaran gelap di Malaysia
Selvam berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menutup ketirisan di dalam sistem dengan menangani perkara ini secara agresif.